IBM tak tahu apa masalah kedua-dua pemimpin UMNO ni? IBM tidak memihak kepada mana-mana pihak. Kalau ia pun janganlah diperbesar-besarkan. Dan kalau nak komen atau tidak kepuasan hati tentang pentadbiran Perdana Menteri kita DS Seri Najib, janganlah dibuat dengan cara terbuka. Kita sebagai ahli UMNO mesti cuba mencari jalan yang paling sesuai bagi mencurahkan rasa ketidak puasan hati kita dengan carayang 'berhemah' bukan komen atau hentam secara terbuka. Jadi, didalam isu ini, iaitu pergeselan di antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Khairi Jamaluddin@ KJ dan Ketua Penerangan Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman yang menyuarakan supaya Perdana Menteri 'berundur' sebelum PRU ke-14, membuat KJ begitu marah lalu membidas kembali. Maka, berlakulah perang dingin (mulut) diantara kedua pemimpin UMNO yang berlainan pangkat. Ekoran dari itu, pemimpin UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menganggap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin "memperlekeh" suara akar umbi dan menyifatkannya (Syed Rosli) sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno".
Ini ekoran seruan Syed Rosli dalam surat terbukanya yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. Syed Rosli (kanan) sebaliknya membidas ketua Pemuda UMNO yang menurut beliau, sepatutnya menghormati suara "ahli bawahan yang memilihnya" dalam pemilihan parti tahun lalu. Pada pandangan beliau, Syed Rosli setuju bahawa kenyataanya itu jelas memperlekeh (suara) akar umbi. Apabila musim pemilihan, Khairy cari siapa? tanyanya. Ahli akar umbi juga yang dicari untuk mempertahankan jawatan. Beliau (KJ) akan pergi ke bawah untuk mendapatkan undi (sokongan). Sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan hormat hasrat ahli yang memberikan jawatan itu kepadanya. (Tetapi) ini satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang bersuara, katanya yang pernah mencabar Khairy merebut jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu. Semalam Khairy menyifatkan Syed Rosli sebagai "suara paling rendah dalam hirarki UMNO" untuk mendesak Najib - dalam surat terbukanya - supaya berundur ekoran kelemahan gaya pentadbirannya.

Sudah (lebih) satu tahun saya cabar beliau dalam bangunan UMNO untuk bersumpah tidak mengamalkan rasuah dalam politik, adakah beliau (KJ) sebagai 'the highest form of creature in UMNO' takut dengan cabaran beliau? Kalau KJ berani menjawab (cabaran Syed Rosli),beliau akan hormat KJ, katanya sambil menjelaskan beliau tidak menuduh Khairy mengamalkan perkara itu, sebaliknya menegaskan hanya mahu MP Rembau itu menyahut cabarannya sahaja. Menjawab soalan bahawa kenyataan beliau itu tidak mewakili pendirian UMNO Pandan seperti yang dilaporkan, Syed Rosli mengakui ia adalah kenyataan peribadi kerana tidak mahu mengaitkan pandangannya dengan organisasi yang menaunginya.
Bagaimanapun, Beliau yakin ramai yang menyokong beliau termasuk termasuk komen-komen dalam dikongsi dalam laporan media, katanya. Kesimpulannya, sebagai seorang ahli UMNO yang sayangkan parti, IBM sarankan agar KJ dan Syed duduk semeja, berunding, cari jalan yang elok, jangan cabar-mencabar. Tak elok di dengar dan dipandang orang. Mungkin dalam isu ini, Syed terlepas cakap, tapi, kenapa celupar sangat? Dan...KJ pula lepaskan geram kerana ingin mempertahankan Presiden Parti. Kalau diteruskan juga, maka, siapa yang rugi? Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM