Saturday, January 31, 2015

HARGA BAHARU MINYAK MULAI TENGAH MALAM INI!

SABTU, 31 JANUARI 2015
BERITA yang semua rakyat tunggu dan berita yang pakatan haram tak nak dengar. Kerja depa asyik gasak kerajaan dan hasut rakyat.  Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam ini sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 1 Februari 2015. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti. Nak tunggu apa komen dari si pondan dari PKR, Rafizi (pakar minyak PKR) yang berlagak pandai, seolah-olah beliaulah pakar harga minyak, seolah-olah minyak di dunia bapak dia yang punya. 

Memang terserlah kebodohan pemimpin-pemimpin pembangkang haram ni (Sila rujuk kenyataan akhbar Rafizi semalam seperti tetera diatas). tapi, ada juga yang puji, kononnya si pondan Rafizi ni seorang pejuang, berani dan tegas. Puiiii! Kalau dah dasar spesis 'pondan', pondan jugalah cara hidupnya. Kalau harga minyak RON95 turun dari harga yang dipinta oleh si pondan tu, apalah agaknya reaksi dari beliau? Kerajaan tak adil lagi ke? atau...kerajaan mesti turunkan harga minyak sebanyak....blaa...blaa....apa, dia ingat minyak tu bapak dia yang punya? Apapun, sama-sama kita tunggu akan berita yang gembira ini degan penuh rasa kesyukuran. Insyallah, Aminn! Wassalam ~ IBM

Friday, January 30, 2015

NIZAR 'SEWEL' DIDAKWA KALI KE 2 KERANA MEMFITNAH NAJIB. AMBIK KO!!

JUMAAT, 30 JANUARI 2015
NAK kata dia ni 'sewel' tidak jugak. Tapi, mirip orang 'gila kuasa' ada kat dia ni. Apa tidaknya, bagai nak gila jadinya si Nizar ni bila Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri Perak dari Pakatan haram. Masa tu dia dah duduk syok sebagai Menteri Besar Perak. Alih-alih, terpaksa turun dari takhta Menteri Besar. Apa lagi, meroyan tak sudah le si Nizar ni. Di beritakan sampai sekarang dia masih lagi meroyan. Oleh kerana tidak puas hati, dan ingin membalas dendam, si Nizar ni jadi tukang 'fitnah' pulak. Ramai yang jadi mangsa fitnahnya. Tapi, yang peliknya orang yang difitnahnya itu dihukum, dan akhirnya terpaksa membayar ganti rugi kepada si Nizar atas dasar fitnah. Contohnya Utusan Malaysia, portal pro kerajaan di perintah bayar ganti rugi kepada si  Nizar ini kerana kes fitnah. Dan...Perdana Menteri DS Najib tidak kecuali dari di fitnah oleh si sewel Nizar ini.

Baru semalam berita melaporkan, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, didakwa memfitnah dengan menyatakan dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012, suatu tohmahan dengan mengetahui perbuatan itu akan merosakkan nama baik Perdana Menteri. Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mohammad Nizar yang didakwa di hadapan Hakim Noor Hayati Mat bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Mac depan. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim manakala Mohammad Nizar diwakili barisan peguam diketuai Hatim Musa. Mohammad Nizar sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Januari lalu terhadap pertuduhan sama, selepas mahkamah menerima bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan terhadap saman yang dikenakan ke atasnya. Mohammad Nizar melalui peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mengemukakan bantahan awal dengan alasan aduan yang dibuat terhadapnya tidak mengikut aturan yang ditetapkan dan Mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan meneruskan kes itu. 

Biasalah tu. Bila kena kat batang hidung depa, semuanya tak ikut peraturan. Mahkamah tak adil lah, bermacam-macam tomahan depa (PAS) buat. Bila menang kes, tidak pulak kata Mahkamah tak ikut peraturan. Memang gampang@anak haram pemim pin-pemimpin PAS ni. Maaf le kasar sikit pada hari Jumaat ni. Tengah marah ni. Tapi....dah reda sikit. Apapun, teruskan dakwaan kerana fitnah ni dah semacam 'santapan' bagi pembangkang.  Wassalam ~ IBM

PM LUANG MASA ZIARAH NIK AZIZ

JUMAAT, 30 JANUARI 2015
WALAUPUN pernah didoakan agar 'pecat perut', dan banyak lagi sampah seranah, maki hamun oleh Tok Guru Nik Aziz, namun  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyimpan dendam atau marah terhadap Mursyidul Am PAS itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malah beliau meluangkan masa melawat Tok Guru Nik Aziz yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam, Khamis. Itulah satu keistimewaan yang ada pada pemimpin-pemimpin UMNO, bukan nak bodek, tapi ianya 'realiti'. Tabik habis pada Perdana Menteri kita yang mempunyai sifat penyabar, tidak pilih bulu dan tidak pernah menyimpan dendam pada sesiapa, walaupun musuh politik beliau. Kehadiran beliau di Hospital kira-kira pukul 2.15 petang itu diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha dan anak bekas Menteri Besar itu yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh. 

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu. Nik Aziz yang dikesan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu kini dilaporkan semakin sihat malah Nik Abduh sebelum ini turut membayangkan bapanya itu akan dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat. Malah, Nik Abduh turut mengakui bapanya kini menunjukkan perkembangan positif malah sudah mampu duduk di atas kerusi roda. Alhamdulillah!. Sikit komen (pertanyaaan) dari IBM dalam posting ini. Sekiranya pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri (PM) kita yang masuk Hospital, agak-agak diorang pemimpin-pemimpin pembangkang akan datang melawat tak? Wallah Wa'alam. Wassalam, dan salam Jumaat untuk semua. ~ IBM

Thursday, January 29, 2015

DCA HARI INI ISYTIHAR KEHILANGAN #MH370 SEBAGAI SATU 'KEMALANGAN'

KHAMIS, 29 JANUARI 2015
WALAUPUN ianya amat sukar diterima oleh kaum keluarga mangsa kehilangan misteri pesawat #MH370, mahu tak mahu terpaksa terima kenyataan apabila  Malaysia hari ini secara rasminya mengisytiharkan kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan, kira-kira 11 bulan selepas pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014. Pengumuman itu dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menurut Konvensyen Chicago Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO) yang membolehkan anggota keluarga 239 penumpang untuk mengemukakan tuntutan ganti rugi. Selepas 327 hari (dari 28 Januari 2015) dan berdasarkan semua data yang ada serta keadaan disebut sebelum ini, kemungkinan untuk terus hidup di kawasan disebut adalah sangat mustahil, kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini, sambil merujuk kepada selatan Laut India. Perisytiharan itu dibuat oleh Azharuddin dalam satu pengumuman khas yang disiarkan menerusi TV1 dan TV3 kira-kira jam 6 petang tadi. Beliau berkata, perisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan. 

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap diteruskan dan kekal sebagai keutamaan. Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal. Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370, katanya. Diimbas kembali pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, namun ianya hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing. 

Dan, pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan rasa sedih dan terharu mengumumkan pesawat berkenaan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Terdahulu, sidang media berhubung perkembangan terkini insiden pesawat berkenaan yang dijadualkan pada jam 3.30 petang tadi dibatalkan atas sebab teknikal. Kata perpatah, setiap yang mati ada kubornya, dan setiap yang hilang akan dapat dikesan akhirnya, cuma lambat atau cepat. Tapi, misteri kehilangan #MH370 ini amat luar biasa. Sukar untuk digambarkan. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Mungkinkah 'esok masih ada buat MH370' ? Wallah wa'alam. Wassalam ~ IBM

PERANG PAS & DAPIGS BERTERUSAN. PAKATAN AKAN TERBURAI??

KHAMIS, 29 JANUARI 2015


BUKAN maksud IBM nak menyebuk pasal pakatan haram ni. Tapi, itulah realitinya sekarang. Kita semua tahu perang diantara PAS & DAPigs sudah sampai ke kemuncaknya. Tapi, hairan juga IBM dibuatnya. PAS masih terhegeh-hegeh dan ingin terus bersama pakatan haram. Dah kena 'nasi kangkang' kot. Dari sudut politik, memang kita nampak bahawa percakaran yang berterusan antara PAS dan DAP disifatkan sebagai 'gambaran cukup baik' kepada rakyat untuk menilai tahap kesepakatan politik pakatan pembangkang itu. Itu pandangan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya  masalah dalaman antara komponen Pakatan Rakyat yang berlaku sejak sekian lama itu gagal disembunyikan lagi. Justeru beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin rakyat dapat menilai hala tuju sebenar pakatan pembangkang itu. Ini satu gambaran yang cukup baik untuk rakyat, gambaran untuk pembelajaran (iktibar) bukan untuk diikut. Isu-isu yang dibangkitkan mereka... tak fikir menjadi minat rakyat, katanya. Mereka (PAS & DAP) sejak dulu lagi bersengketa, tapi cuba disorok, namun sampai bila kerana satu ketika nanti perkara ini akan 'terburai', kata TS Muhyidin. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, Khamis. Muhyiddin mengulas konflik antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang. Yang terbaharu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang bermulut celupar kerana mendakwa beliau berbohong dalam isu berkenaan. Maka kesimpulannya di sini, jelas pakatan rakyat sedang menuju jalan kehancuran. Cuma, kadang-kadang IBM merasa hairan jugak lah, kenapa adalah rakyat yang masih percaya dan menaruh harapan kepada pakatan haram ini yang kini dilihat tidak lagi sehaluan. PAS malu alah dengan UMNO. Nak tarik balik segala cakap, tomahan, fitnah terhadap orang-orang UMNO, PAS malu. Nak tak hendak terpaksa telan segala 'pahit dan maung' bersama pakatan. Nasib koranglah PAS. Itu kehendak korang kan? Wassalam ~ IBM

KDN HARAMKAN MKINI BUAT LIPUTAN UNTUK MENTERINYA. PADAN MUKA!!

KHAMIS, 29 JANUARI 2015
SATU tindakan yang bijak dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila membuat keputusan untuk mengharam, opss! maaf,....bukan mengharamkan, saja IBM nak tambah biar panas sikit untuk tidak membenarkan malaysiakini membuat liputan majlis yang berkaitan dengannya dan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar bawah, kanan). Pegawai Menteri berkenaan tidak membenarkan wartawan malaysiakini menghadiri satu majlisnya pagi ini, dengan mendakwa ia tidak dijemput kerana laporannya berat sebelah dan memutarbelit laporan. Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu pihak kerajaan melarang malaysiakini membuat liputan acaranya. IBM masih ingat pada hari Isnin lepas, Pejabat Perdana Menteri juga tidak membenarkan malaysiakini membuat liputan acara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Harap KDN meneruskan untuk tidak membenarkan portal pro pembangkang, malaysiakini membuat liputaan terhadap Menteri di dalam kementerianya. 

Ini sedikit sebanyak mengajar pembangkang supaya tidak menggunakan portal sial itu yang menjadi penfitnah no 1 negara dari membuat laporan yang tidak benar dan sentiasa 'spin' bila menulis yang membuat rakyat keliru dan terus percaya apa yang ditulis di dalamnya tanpa membuat kajian terlebih dahulu akan kesohenan akan berita tersebut. Sebelum ini, kerajaaan telah berkali-kali mengeluarkan amaran kepada portal jahanam ini dan pernah di saman oleh kerajaan. Terbaru, malaysiakini disaman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana menfitnah. Cuba kita bayangkan disaat dan ketika ini 'akta hasutan' masih berkuat kuasa, tapi pembangkang melalui portal pro kepada mereka masih berani, menabik dada, terus manabur fitnah dari hari ke hari. Mereka tidak serik, mereka tidak takut, malah semakin berani mencabar kerajaan. Mungkinkah hukuman atau denda yang dikenakan terlalu kecil bagi mereka? Kena saman, bayar denda, lepas itu menfitnah lagi. 

Jadi, jika difikirkan, apa akan jadi sekiranya 'akta hasutan' ini di hapuskan? IBM tak boleh bayangkan fitnah menfitnah ini akan menjadi-jadi dan ianya akan jadi resam pembangkang. Oleh itu, akhir kalam, IBM nak peringkatkan kerajaan agar menimbang kembali untuk tidak terjebak  dan termasuk perangkap pembangkang untuk meminda atau menghapuskan akta hasutan ini. Jangan buat kesilapan lampau seperti terhapusnya akta "ISA". Negara sudah cukup terhimpit dik perbuatan pembangkang yang tidak bertanggung jawab. Kepada KDN tahniah dan 'keep it up with good work'. Wassalam ~ IBM

KASI RAMPAS ITU ANWAR PUNYA PASPORT, KATA TIBAI

KHAMIS, 29 JANUARI 2015
BEBERAPA hari kebelakangan ini kita semua sering terbaca akan kenyataan si peliwat tegar, Anwar ibrahim al-jub yang begitu yakin bahawa beliau akan memenangi kes liwat II terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari. Baik di portal pro kerajaan mahupun di portal pro pembangkang. Itu kata Anwar. Bagimana pula kalau keputusan sebaliknya, Anwar kalah?. Beliau didapati bersalah. Itupun yang kita mahu. Adakah Anwar akan terima keputusan tersebut dengan tangan terbuka dan disulam dengan senyuman yang melirik? Sudah pasti tidak? Jadi, apa keputusan Anwar ketika itu? Protes? berdemo?. Itu sudah jadi kepastian. KIta semua sudah masak dengan kerenah dan perangai Anwar. Anwar akan mengarahkan pengikut-pengikut tegarnya berarak serta berdemo tanda protes. Dalam pada itu, mungkin...mungkin Anwar akan mengambil keputusan untuk meloloskan diri, cabut ke luar negara untuk mencari perlindungan politik. Maka, dengan itu IBM setuju sangatlah dengan saranan yang dibuat oleh Mursyidul Am 'Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim' (TIBAI) yang juga telah membuat laporan polis supaya pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelak kemungkinan pemimpin pembangkang itu melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan rayuan akhir kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dibacakan pada 10 Februari ini. 

Mengikut pandangan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhamad Zahid Md. Arip itu, selain merampas pasport antarabangsanya, Anwar juga perlu dile­takkan di bawah tahanan atau pemerhatian polis. Beliau berkata, langkah tersebut perlu diambil memandangkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melarikan diri ke Kedutaan Turki semasa Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 2008 selain pernah mengeluarkan kenyataan mendapat tawaran perlindungan dari negara luar. Menurut Muhammad Zahid, kerajaan juga perlu mengambil iktibar daripada kes bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang ‘mela­rikan’ diri ke Australia sebelum keputusan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu baru-baru ini. Beliau melahirkan kekhuatiran kemungkinan Anwar melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari nanti memandangkan beliau masih memiliki pasport antarabangsa. 

Malah Anwar pernah menyatakan dalam beberapa kenyataan dan ceramahnya sebelum ini bahawa beberapa negara menawarkan beliau untuk menetap kerana kononnya beliau dizalimi di Malaysia, kata Muhammad Zahid dalam sidang akhbar selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi semalam, Rabu. Anwar mengemukakan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari. Oleh itu, Muhamad Zahid menggesa pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelak kemungkinan Anwar melarikan diri. Jika melihat kepada ‘kecerdikan’ Anwar, beliau rasa kemungkinan Anwar al-jub untuk melarikan diri itu ada, ujarnya. 

Oleh itu, kepada yang berwajib, bertindak segera sebelum terlambat kerana kita semua sedang berlawan dengan manusia yang terkenal dengan sikap pembohong, penipu, penfitnah, peliwat, pelakon dan mempunyai wajah-wajah yang berubah ibarat seperti 'sesumpah'. Maka, manusia seko ini harus di humban ke dalam penjara kerana disitulah tempat yang sesuai baginya. Jadi, kepada warga dan penghuni penjara Sungai Buloh, sambutlah kedatang Anwar al-jub dengan senyuman yang manis, lepas itu kalau nak 'tibai', tibailah sesuka hati korang. Wassalam ~ IBM

Wednesday, January 28, 2015

HARAKAHDAILY MELAPORKAN SIRUL 'DIANIAYA'...MACAM MANA PAS TAHU?

RABU,  28 JANUARI 2015
MACAM tahu-tahu je PAS ni ye. Atau PAS nak jadi hero sensasi bagi menyelamatkan Koperal Sirul dari hukuman gantung. Apa tidaknya, PAS melalui portal fitnahnya begitu berani mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman gantung yang dijatuhkan terhadap Koperal Sirul Azhar Umar adalah tidak sah kerana beliau di 'aniaya'. PAS dan Harakahdaily ada bukti yang kukuh ke? Apabila tersiarnya kenyataan tersebut, keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu juga mengeluarkan kenyataan dan menganggap bekas polis itu, anak beliau “dianiaya". Itu kata, Piah Samat, 74, ibu kepada Koperal Sirul. Menurut Piah Samat, anak beliau (Sirul) hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis. Katanya lagi, tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati beliau, selainya beliau hanya berdoa kepada Allah minta supaya anaknya, Sirul selamat. Setiap hari  lepas sembahyang beliau menadah tangan berdoa, ingat pada yang Satu (Allah). Nak minta tolong pada siapa lagi, kata ibu Sirul dengan nada sebak. 

Akhbar web PAS itu menguatkan lagi dakwaan dan fitnah mereka sekali gus jadi 'batu api' bagi menaikkan kemarahan dan kebencian ibu Sirul terhadap pihak yang berwajib, iaitu PDRM. Biasalah tu ye. Itukan kepakaran yang PAS miliki. IBM tidak terkejut apabila mendapat berita bahawa PAS menghantar Ketua Penerangannya Mahfuz Omar@Mr. Bean of Malaysia (bergambar dengan ibu Sirul, Piah Samat) membuat kunjungan di kediaman ibu Sirul di Bukit Gantang semalam, Selasa. Sementara itu Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan. Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga beliau jadi malu nak jumpa orang, katanya sambil menitis air mata, lapor  yang sah dari Harakahdaily portal pro pembangkang dan pencetus fitnah. 

Apapun, kepada ibu Sirul, bersabarlah. Jangan terlalu cepat melatah. IBM rasa, pihak kerajaan Malaysia tidak akan membiarkan ibu Sirul bersendirian. Jika itulah kententuan yang diterima oleh Sirul, itu semua datangnya dari Allah SWT. Kepada Harakahdaily dan PAS yang seolah-olah ingin jadi 'hero' dalam kes ini, IBM ada satu cadangan. kalau PAS betul-betul merasakan Sirul terianaya dan belas kesihatan terhadap Sirul, apakata hulurkan kepala si Mahfuz tu untuk digantung mengantikan Sirul. Ada berani?  Kata nak jadi hero. Perpatah ada mengatakan bahawa PAS/Harakahdaily dan 'fitnah' berpisah tiada. Ingat fitnah, ingat PAS. Wassalam ~ IBM

TAK ADA ANWAR AL-JUB PUN TAK APA, KATA PAS. ANWAR PATUT AMBIL IKTIBAR DIA DAH TAK LAKU!!

RABU, 28 JANUARI 2015



ADA beberapa perkara yang harus kita ambil kira dan buat kesimpulan akan kenyataan Setiausaha Agung PAS bahawa tanpa Anwar al-jub Pakatan akan lebih kukuh dan kuat. Menurut firasat Mustafa Ali, ketiadaan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh. Lojiknya dari sudut mana ye? Atau, Pakatan memang tidak memerlukan lagi khidmat Anwar al-jub dan sudah bernikad tidak lagi bergantung harapan kepada ketua pembangkang akan akan berhijrah ke Sungai Buloh pada 10 Februari ini. Memang ramai pemimpin-pemimpin di dalam pakatan sudah mula muak dan kurang percaya pada Anwar. Bagi mereka Anwar sudah hilang 'nilai' dan 'kreabiliti' sebagai ketua pembangkang, dengan erti kata lain, sudah hilang taring. Namun, Setiausaha Agung PAS cukup cermat bila bercakap, berlapik dan tertib. Nak jaga hati kawan le katakan. Kata Pak Mustafa lagi,  Anwar bukanlah alasan untuk PAS memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat. 
Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab utama, malah, PR dilihat akan lebih kukuh katanya. Ini, katanya, di sebabkan mereka dalam PR bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama), katanya bila ditemuramah oleh wartawan dan blogger pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Rabu. Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan. Seperti yang umum tahu, Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu. 
Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS. Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu mereka tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara), katanya. Itulah kata-kata orang yang ingin selamatkan (play safe) dirinya dari di persalahkan di kemudian hari. Politik 'selamat diri' namanya tu. 
Lagi pun, Pak Mustafa ini adalah dari golongan kumpulan Anwarinas yang mendukung PASMA yang kini menjadi 'duri dalam daging' di dalam PAS. Apapun, bagi kita sebagai pemerintah, ada Anwar ke, tanpa Anwar ke, perjuangan hari diteruskan. Negara harus di tadbir dengan cara yang betul agar kita sebagai rakyat Malaysia mendapat menafaat daripadanya. Bagi IBM, Anwar dah tentu seorang peliwat. Wassalam ~ IBM

MALAYSIAN INSIDER FITNAH PAS KELANTAN? INI BARU 'NGAM'..PADAN MUKA PAS!!

RABU, 28 JANUARI 2014
ITULAH, tuhan nak tunjukkan. bila kena kat batang hidung depa, melenting habis. Dulu depa jugalah (PAS) yang jadi 'batu api', melaga-lagakan Kerajaan BN dengan Malaysian Insider. Merekalah (PAS) yang bubuh racun kat portal pro pembangkang, penfitnah no 1 negara supaya rakyat bencikan kerajaan BN. Sekarang, bahana dan bala yang mereka cari-cari telah kena pada mereka.  Kalau dulu kawan, kini dah jadi musuh. Berita semalam, kononnya Kerajaan PAS Kelantan menempelak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka gagal bertindak dalam menangani musibah banjir dan kesannya yang melanda negeri itu sebulan lalu. Sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar bawah, kanan) berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan seluruh jentera sejak awal lagi termasuk menyelaras tindakan dengan jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Pusat. 

Timbalan Menteri Besar itu begitu marah dan berang apabila tulisan didalam Malaysian Insider, yang di tulis oleh penulisnya Zulkifli Sulong kata kerajaan negeri tak boleh buat apa, lembab dan memilih bulu (parti) apabila memberi bantuan. PAS dilihat memang tidak boleh buat apa-apa, pada hal kerajaanlah yang bergerak, jentera kerajaan bergerak. Kita tidak nafi bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian tetapi kerajaan tetap buat kerja sama dengan orang lain. PAS sendiri melalui Unit Amal bergerak di hadapan dan kita nampak dengan ketara walaupun di mana-mana tempat. Kebanyakan orang dalam NGO yang turun juga orang PAS, cuma kita tidak pakai baju PAS masa banjir, dan beliau pesan jangan ada sesiapa pakai baju, bendera atau lambang PAS semasa beri bantuan, ini musibah banjir kenapa perlu kita bermain politik, katanya. Tapi, betul ke kata Timbalan Menteri Besar PAS tu. 

Ini kerana, semasa IBM turun padangan dengan unit amal untuk kerja-kerja pembersihan kawasan, IBM ternampak dan terserempak sekumpulan manusia yang memakai 'vest' yang melambangkan parti PAS dan juga lambang PAS terpampang di kenderaan mereka? Cuma, IBM tak sempat mengambil gambar-gambar mereka itu. Maka, IBM berangapan, Timbalan Menteri Besar Kelantan ini berbohong. Kenapa nak berbohong di saat ini ketika rakyat Kelantan perlu dibela. Kalau tak boleh mentadbir dan menyelesaikan masaalah, jangan pegang jawatan. Pi duduk kat Surau, buat banyak-banyak amal ibadat, kerana orang-orang PAS dah tentu di Syurga tempatnya. Maka, dengan kenyataan dan 'artikel' yang ditulis oleh penulis terkenal Malaysian Insider, Zulkifli Sulong itu memang kena dan tepat pada masanya. Selama ini PAS dan Pakatan Rakyat dilindungi oleh portal pro pembangkang yang banyak menyebarkan fitnah. Rakyat Kelantan satu ketika dahulu memang keliru. Bukti PAS memang kaki fitnah (gambar kiri).

Tapi, kini tidak lagi. Rakyat Kelantan sudah mula buka mata dan mereka sudah nampak pihak mana yang dahulu prihatin dan menghulurkan bantunan terlebih dahulu. Dalam hal ini, IBM tak mahu nak kaitkan dengan nasib dan peluang Barisan  Nasional (BN) semasa PRU yang akan datang. Kita sama-sama serahkan kepada rakyat. Biar rakyat nak menilai dan biar rakyat yang memangkah siapa yang mereka mahu. Bagi IBM, musibah 'banjir luar biasa' ini sudah cukup buat rakyat Kelantan buka mata. Kepada Malaysian Insider, tahniah kerana membuat Timbalan Menteri Besar Kelantan begitu marah dan menyangkal segala dakwaan fitnah Malaysian Insider itu. Soalan IBM, siapa fitnah siapa sekarang ini? Dan soalan 'cupu emas' dari IBM, apa motif si penulis Malaysian Insider di sebalik penulisannya itu? Anda ada jawapanya? Carilah sendiri ye!  Wassalam ~ IBM

10 FEBRUARI : AMARAN POLIS KEPADA PENYOKONG ANWAR AL-JUB & SAIFUL, JANGAN BUAT KECOH!!

RABU, 28 JANUARI 2015


HARAP-HARAP 10 Februari ini berakhirnya episod maksiat (kes liwat II) yang dilihat 'halal' oleh pembangkang ke atas ketua mereka (Anwar Al-Jub) yang dituduh meliwat bekas pembantu perbadinya, Saiful Bukhari, tapi menafikannya. Lepas ini kita tidak lagi melihat kelibat Anwar Ibrahim kerana akan disumbat ke Penjara Sungai Buloh. Tapi, belum tahu lagi, kerana apa-apa pun boleh berlaku di sebalik keputusan yang akan dibuat nanti oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Ekoran dari itu, pihak Polis membuat persedian yang rapi dari kawalan keselamatan, dan pihak Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu. 

Kepada kedua-dua penyokong itu yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim (gambar kiri) bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan. Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil. Datuk Muhammad Fuad berharap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan beliau secara peribadi mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya dapat menerima sebarang keputusan Mahkamah secara rasional, katanya dalam sidang media, semalam, Selasa. Undang-undang perlu di patuhi. 

Bagi IBM, kalau penyokong-penyokong si peliwat tu (Anwar) terlalu 'ekstrem' dan sayangkan pemimpin mereka itu, ikut je ke penjara. Duduk kat dalam penjara tu. Jangan buat kecoh dan menyusahkan orang ramai. Entah kenapa, dua-tiga hari ini IBM pulak yang terasa debarannya. Bagaimana dengan si Saiful tu? Lagilah gabra kot ye. Apa pun sabar je lah Saiful. Mohon doa banyak-banyak terhadap yang maha esa. Insyallah, ianya berpihak kepada pihak yang benar.  Ingat ye....jangan cuba-cuba buat kecoh. Itu amaran keras dari pihak Polis yang harus kita patuhi. Bagi pihak /penyokong Saiful, ok kot. Cuma penyokong tegar si peliwat tu je yang kan buat kecoh. Tak percaya, tengok nanti. Wassalam ~ IBM

Tuesday, January 27, 2015

PASMA DAN PAS BERKELAHI?? SIAPA YANG UNTUNG?

SELASA, 27 JANUARI 2015
KALAU orang tanya pendapat IBM apa bezanya PAS dengan PASMA, jawapanya senang sahaja. PAS, 'Parti Ajaran Sesat' dan PASMA 'Parti Anwar Se Malaysia". Lebih kurang begitulah tafsiran IBM. Kerana apa IBM beranggpa sedemekian? Sebab, dua-duanya sama sahaja, tiada bezanya berjuang diatas landasan yang sama cuma masing-masing ingin menunjuk kuasa dan ingin mengatasi diantara satu sama lain. Mereka tidak sehaluan. Maka, ini jelas perjuangan PAS dan PASMA tidak ikhlas. PASMA dilihat lebih condong kepada Ketua Pembangkang, Anwar Al-Jub dan boleh dikatakan Anwar Al-Jub menguasai PASMA sepenuhnya. Maka, seperti yang kita semua tahu, sudah tentu Anwar ada agendanya tersendiri iaitu menakluki Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri (PM). Ekoran dari itu, PAS sudah nampak betapa bahayanya sekiranya PASMA duduk di bawah payung PAS atau satu ketika nanti PAS akan duduk dibawah payung PASMA. Tidak mustahil ianya berlakukan? Maka, PAS tiada lain pilihan. Hendak tak hendak PAS terpaksa menyarankan agar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan PAS sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti. 

Apabila ditemui oleh pemberita semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza. Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam PAS agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan. PASMA ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO, katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini, Selasa. Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas PASMA kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut. Beliau ketika itu turut mempersoalkan status PASMA yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’. 

PASMA yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor. PASMA yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti. Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama PAS dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak. 

Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman, ujarnyaBeliau juga menyarankan ahli-ahli PAS mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden PAS Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.  Kesimpulannya di sini, antara PAS dan PASMA memang berbeza perjuangan mereka. Masing-masing ada agenda tersirat dan tersurat. Ekoran dari itu, berkelahilah mereka-mereka ini (PAS & PASMA). PAS dengan HJ Hadinya, PASMA dengan Phahrolrazi di dokong oleh Anwar Al-Jub. Mudah-mudah perselisihan mereka ini berpanjangan sehingga lingkup kedua-duanya. Ini bukan doa, tapi sekadar mengharap kerana perselisehan di antara PAS & PASMA nampak serius dan akan menguntungkan UMNO/BN. Tapi, jangan terlalu 'over confident', segala-galanya adalah ketentuan dari Allah SWT. Insyallah. Wassalam ~IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...