Saturday, January 24, 2015

JAKIM PERTIMBANG UNTUK SAMAN ERIC? KENAPA NAK PERTIMBANG DAN TUNGGU APA LAGI? SAMAN JANGAN TAK SAMAN!!

SABTU, 24 JANUARI 2015
KADANG-KADANG naik menyampah dan meluat pun ada. Cakap tak serupa bikin. Pada peringkat awal, apabila dikecam, dihina di akhbar-akhbar dan alam media sosial,  bersemangat sungguh. Buat laporan Polis dan berbagai lagi. Lepas itu buat kenyataan di akhbar nak saman kepada pihak yang membuat fitnah. Itulah yang berlaku di negara kita ini. Peghinaan demi penghinaan terhadap Jabatan Kerajaan dan juga Jabatan Agama Islam secara terbuka menjadi-jadi yang dilakukan oleh kaum yang terlalu 'ekstrem' dan 'anti Islam'. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak terkecuali didalam hal penghinaan ini. Maka, Jakim berpendapat dan  mempertimbangkan untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya baru-baru ini. Isu ini tersebar luas dan hangat di perkatakan. Maka, bermacam-macam pandangan di beri kepada Jakim dan yang terbaru dari Peguam kanan mereka (Jakim) Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar bawah kanan) yang berkata Jakim boleh memfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum. 

Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu. Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil  dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama. Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi, katanya ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulsen, yang juga pengarah eksekutif Lawyers For Liberty. Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Januari lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak. Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Ekoran dari itu, pada 14 Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman dua hari. 

Hafarizam berkata selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi. Beliau berkata ada banyak lagi akta yang boleh diambil kira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama. Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan pelaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, Eksekutif, Kehakiman, Polis, ahli Akademik dan rakyat, katanya. Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebat oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja. Katanya, ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam. 

Sementara itu Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (gambar kanan) pula berkata saman itu boleh difailkan sekiranya Jakim pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam. Beliau (Eric)  boleh ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Oleh itu kenyataan beliau (Eric) mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum, katanya. Selain itu, katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalam Akta Hasutan itu dan sekiranya dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta tersebut. Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukkan perkara ini, katanya. Nik Ahmad Kamal berkata bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukkan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun. 

Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukkan hukuman lebih tinggi. Oleh itu, dalam hal yang sensitif ini, IBM ingin memperingatkan Jakim dan peguamnya, jangan tunggu lama-lama. Oleh kerana ramai yang memberi pendapat bahawa Jakim boleh dan berhak saman Eric Paulsen kerana memfitnah, maka mulakan saman. Saman, jangan tak saman kerana penghinaan terhadap agama Islam dan orang-orang Islam sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Haram jadah Cina seko ni harus di ajar. Tapi, jangan 'hangat-hangat tahi ayam' pulak. Islam tidak pernah menghina dan memperlekehkan agama lain di negara ini. Jadi, kenapa Islam dijadikan sasaran? Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM 

2 comments:

  1. Musti mau timbang dulu ma. Mau tengok berat ke ringan... Kesian wa sama jakim, olang kutukpun lagi mau main timbang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~usin,

      Salam. Harap kali ini Jakim serius. Tak adak timbang2 lagi....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...