ASSALAMUALAIKUM semua. Malas le IBM nak komen banyak-banyak dalam isu diatas ini. Bagi IBM senang. Jika didapati bersalah, buang je kedua-dua pasang durjana ini dari profesen mereka iaitu guru. Kerana, jika dilepas atau dimaafkan, ianya kan menjadi 'duri dalam daging' didalam industeri pemelajaran. Mereka dengan mudah memesongkan pemikiran dan akidah anak-anak murid mereka dan akan menjadi satu 'habit' untuk anak-anak murid di bawah jagaan mereka menaburkan fitnah. Itu ama-amat merbahaya. Maka, dengan tertangkapnya pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru kerana menyebarkan maklumat palsu yang mendakwa banyak mayat mangsa banjir bergelimpangan di Kuala Krai ketika bah kuning melanda negeri ini baru-baru ini, merupakan satu kejayaan kerajaan dan pihak yang berwajib kerana terlau banyak kes-kes serupa ini terlepas begitu sahaja tanpa di dakwa. Kalau didakwa pun, hukuman yang mereka terima amat-amatlah ringan. Dilaporkan pasangan yang berusia 45 dan 43 tahun itu ditahan oleh anggota serta pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumah mereka di Kodiang, Kedah kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Bagi kes terdahulu seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook kini dibebaskan dengan jaminan polis. Suspek direman selama tiga hari selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa oleh sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa, ujarnya. Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya mengesahkan sehingga hari ini sebanyak 11 kematian dicatatkan akibat lemas manakala dua lagi hilang ketika malapetaka banjir melanda negeri ini.
Kenapa berita fitnah seperti ini berluas-luasa sekarang ini? IBM rasa korang semua tahu, dan fikir-fikirkanlah sebelum membuat berita-berita fitnah seperti itu kerana tak ada faedahnya pun. Nak glamour? bukan itu caranya. Maka, nasih IBM kepada semua, gunakan kemudahan media sosial masa kini seperti WhatsApp ini dengan betul dan dengan cara yang berhemah. Ikut adab-adab yang tgelah ditetapkan oleh Admin laman sosial tersebut. Jangan seperti 'jakun' main hentam geromo je. Wassalam ~ IBM