AKTA HASUTAN AKTA HASUTAN AKTA HASUTAN
POLIS TAHAN ERIC PAULSEN

Selepas menerima tindak balas dari netizen, Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme. Tweet tersebut telah dipadam. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Isnin mahu tindakan diambil terhadap beliau (Eric) berhubung kenyataannya itu. Khalid sebelum ini dilaporkan berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan. Tahniah PDRM. Jangan diberi muka pada sibarua Eric tu. Sebenarnya siapa yang mengamalkan 'Ekstremisme' ni? Eric sepatut bertanya pada dirinya sendiri. Jangan membuat tuduhan melulu kerana sejarah Islam di negara ini, Islam tidak pernah menganggu atau mengugat mana-mana agama lain juga pada penganut-penganutnya. Jadi, kenapa perkara atau perkataan ekstremisme di timbulkan?.
Sudahkah Eric mengkaji dan memahami segala maksud khutbah yang setiap kali berkumandang setiap kali umat Islam bersembahyang Jumaat? Cukup...cukuplah Islam di hina di negara ini. Masa sudah tiba untuk umat Islam bangkit dan bersatu untuk terus mempertahankan kesucian agama Islam daripada di perlekeh dan perlecehkan bangsa dan agama lain. Dan, satu persoalaan dari IBM, kenyataan berbau hasutan dari Eric tersebut, mewakili siapa? dan...siapa dalangnya? IBM bukan jadi nak 'batu api', tapi, dah tak tahan dengan kerenah-kerenah mereka yang tidak bertanggung jawab yang terus-menerus menghina Islam. Fikir-fikirkan korang semua. Wassalam ~ IBM