DAH lama kot Azmin menunggu saat dan ketikanya untuk menggunakan kuasa beliau sebagai Menteri Besar yang baharu. Adakah ini berupa balas dendam? Itu, hanya Azmin sahaja yang tahu. Terbaru, Azmin mendesak supaya lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta untuk memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka. Menurut kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa ini berikutan pembayaran wang pampasan itu tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan. Ini, selepas mendapatkan nasihat daripada peguam, pengurusan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang baharu memutuskan supaya mereka kembalikan wang yang sudah dibayar (pampasan) kerana didapati ada beberapa perkara yang melanggar tatacara peraturan kewangan. Menurut Azmin, beliau sudah dimaklumkan oleh MBI bahawa surat akan dihantar kepada mereka (berhubung perkara itu) dan mereka perlu memulangkan wang terbabit, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, hari ini, Sabtu.
Keikhlasan hati mereka untuk membela rakyat seperti yang mereka laung-laungkan semasa PRU ke-13 lalu, hanyalah bohong semata-mata. Bayangkan, kalau korang masih ingat, betapa lamanya kemelut melantik 'Menteri Besar' Selangor yang baharu selepas Khalid diminta lepaskan jawatan? Perintah dan kehendak Sultan mereka ketepikan. Itulah wajah dan perangai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang perlu di ketahui oleh rakyat Selangor. Apapun, kita tunggu dan lihat berapa lama si Azmin boleh bertahan menjadi Menteri Besar Selangor, kerana secara lazimnya kita semua ketahui kerusi MB Selangor ini memang panas diduduki walaupun semasa BN memerintah Selangor. Wassalam ~ IBM

