Thursday, January 15, 2015

WOW! SELANGOR BERTAMBAH MAJU BERSAMA PAKATAN RAKYAT. KINI TERDAPAT 2 RIBU LEBIH SARANG PELACUR DI SELANGOR. HEBAT..HEBAT!!

KHAMIS, 15 JANUARI 2015
INGATKAN dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Selangor bertambah maju, makmur dan terus ke hadapan. Pelabur asing berpusu-pusu masuk ke Selangor untuk melabur. Tapi, itu hanya 'indah khabar dari rupa'. HAMPEHH! Selangor kini bertambah tenat dengan masalah dalaman parti mereka dan maksiat menjadi-jadi sejak PR menerajui Selangor. Ini bukan rekaan dari IBM, tapi ianya realiti. Dilaporkan  sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks pelacur warga asing. Padan le muka rakyat Selangor yang memilih PR untuk menerajui Selangor yang telah masuk ke episod ke tiga (penggal ketiga, 10 tahun lebih). Mengikut kata  Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (gambar kecil bawah, kanan), premis berkenaan melibatkan spa, rumah urut, hotel, karaoke, bar serta salon yang kini dalam pemantauan pihaknya dan akan diperiksa secara berterusan bagi tujuan pembanterasan. 

Menurutnya, bagi tujuan itu, Op Noda Khas telah digerakkan sejak 18 November tahun lalu dengan melibatkan 2,969 serbuan di seluruh negeri. Hasil serbuan, polis berjaya menangkap 1,781 individu membabitkan 1,363 wanita dan 124 lelaki warganegara asing serta 28 wanita dan 266 lelaki tempatan. Wanita warga asing itu terdiri daripada 717 Vietnam , 299 Thailand, 162 China dan beberapa negara lain termasuk Indonesia, Laos, Bangladesh dan Kemboja, katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Abdul Samah berkata, polis juga berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan utiliti di premis yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti maksiat. Berdasarkan tangkapan dan serbuan itu, kita dapati trend menunjukkan wanita Vietnam kini merupakan antara golongan paling banyak terlibat dalam aktiviti pelacuran. 

Daripada maklumat yang diperoleh, wanita Vietnam didapati menawarkan harga yang lebih rendah, katanya. Dalam perkembangan lain, Abdul Samah menjelaskan, indeks jenayah di Selangor mencatat penurunan sebanyak 15.68 peratus pada tahun lalu. Semua kategori jenayah menurun pada tahun lalu dengan 36,308 kes berbanding 43,059 kes pada 2013, katanya. Dalam soal ini, mana suara PAS, rakan kongsi Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan sebuah parti yang begitu komited untuk mencegah 'maksiat' seperti judi, rumah urut, pelacuran dan berbagai lagi. Maklumlah, mereka melabelkan diri mereka sebagai sebuah parti 'Islam' yang antikan maksiat. Sekarang apa sudah jadi, kenapa PAS diam membisu? Bagi IBM, jawapannya mudah sahaja. PAS adalah 'kuda tunggangan' DAPigs & PKR.

MAKSIAT MENJADI-JADI DI SELANGOR. MANA PAS?

PAS takut apabila DAPigs bersuara. Segala suara PAS di dalam PR, terang-terang dibuang ke dalam tong sampah oleh DAPigs. Bermakna, PAS juga adalah parti yang diterik hidung macam lembu oleh rakan kongsi mereka. Kesian PAS ye!. Cakap bergegar-gegar, tapi, telo tersentap kedalam bila di gertak oleh DAPigs. PAS parti Islam ke? Oh tidak! PAS adalah 'Parti Ajaran Sesat' yang menyesatkan ahli-ahlinya sekali gus mengarahkan pengundi-pengundi melayu (Islam) untuk memilih PR semasa Pilihan Raya (PR) dua penggal yang lepas. Oleh kerana bodoh dan benggong, pengundi-pengundi pro kepada mereka (pembangkang) terpaksa mengundi dan menyokong PR. Akhirnya apa yang mereka dapat? Inilah hadiah yang berharga daripada PR untuk rakyat Selangor. Selangor kini di penuhi dengan sarang-sarang pelacur dan sudah mula dikenali sebagai 'Serambi Pelacuran'. Tahniah PR! Tahniah rakyat Selangor! Nak undi PR lagi pada PRU ke-14 nanti? Hehehe...Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...