Wednesday, January 7, 2015

NAMA JE BERSIH, TAPI KEPALA OTAK MEREKA (EJEN PEMBANGKANG) MASIH TAK BERSIH. OTAK KUNING!!

RABU, 07 JANUARI 2015
DIBUAT salah, tak buat salah. Bila dilaksanakan, ada lagi kedengaran rasa tidak kepuasan hati   pada pembangkang. Bila le haram jadah ejen pembangkang ni boleh diam? Ekoran rasa tidak puas hati oleh kumpulan haram jadah BERSIH membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) naik berang dan membidas kumpulan pendesak pilihan raya, yang dilihat tidak akan pernah berpuas hati dengan masa cadangan persempadanan semula pilihan raya oleh SPR. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebelum ini BERSIH menggesa SPR agar mempercepatkan syor persempadanan semula. Namun, beliau hairan apabila BERSIH menganggap SPR tergesa-gesa membentangkan syor persempadanan semula di Sarawak yang dibuat semalam. Hujung tahun lepas dia (BERSIH) marah kenapa lambat sangat (bentang persempadanan semula). Sekarang kita buat, dia kata kita cepat sangatlah. Merepeklah ini...dan sewellah mereka-mereka ini, kata Aziz (kanan atas) sewaktu dihubungisebuah portal tempatan untuk mengulas perkara itu. Menurut Tan Sri Abdul Aziz lagi, pilihan raya negeri Sarawak hanya perlu diadakan menjelang 22 Jun 2016, justeru persempadanan semula boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh itu. 

BERSIH dalam kenyataan yang diedar semasa sidang media mereka hari ini mempertikaikan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya negeri Sarawak yang dipamerkan SPR bermula semalam. BERSIH mempersoalkan kenapa SPR perlu memulakan langkah persempadanan semula ini secara tergesa-gesa sewaktu perhatian negara tertumpu kepada langkah memulihkan banjir, kenyataan BERSIH dipetik. BERSIH berpandangan langkah persempadanan itu masih boleh dimulakan sebulan atau dua bulan dari sekarang. Adakah ini plot terancang oleh SPR untuk menghalang perhatian nasional dan penelitian maksimum oleh orang ramai ke atas persempadanan semula di Sarawak ini, kenyataan itu dipetik lagi. Mengulas pengagihan pengundi yang didakwa BERSIH tidak sekata, Abdul Aziz menggesa BERSIH agar mengemukakan perkara tersebut secara bertulis kepada pengarah pilihan raya Sarawak. Kalau itu juga dia persoalkan, eloklah ia dibuat secara bertulis kepada pengarah pilihan raya Sarawak, kata Abdul Aziz. Itulah kerja pendesak BERSIH ejen kepada pembangkang. Protes...protes. Itulah yang mereka tahu. 

Sebelum ini IBM masih ingat lagi mereka (pembangkang) mengsyorkan agar SPR mempercepatkan persempadanan semula pilihan raya di seluruh negara. Maka, langkah tersebut diambik oleh SPR dan negeri Sarawak adalah titik permulaannya. Tapi, dibangkang dan di protes pulak oleh pembangkang. Ini jelas menunjukkan kumpulan@ejen pembangkang, BERSIH adalah kumpulan yang tidak sihat otaknya, tidaklah sebersih mana pun. Mereka di pergunakan oleh pembangkang demi untuk tujuan politik 'songsang' mereka yang bergitu ghairah untuk memerintah negara. Apapun, kepada SPR, teruskan persempadanan tersebut. Jangan di layan kepala pembangkang yang tak betul ni. Mereka sebenarnya yang tak BERSIH. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...