IBM setuju dengan pandangan yang bernas yang telah diluahkan oleh Presiden PAS Hj Hadi Awang. Saranan Hj Hadi tu ada faktanya dan ianya harus di pandang serius. PAS mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan sekutunya, DAPigs akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar bawah kanan) berkata, ketegangan seperti itu juga dibimbangi boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara. Tegasnya, pilihan raya PBT itu adalah kesilapan kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar untuk menang pilihan raya dalam jangka masa sangat pendek, sekali gus bertentangan dengan aspek politik mengendalikan bandar yang mewajibkan untuk mengambil kira kepentingan semua pihak dan lapisan masyarakat dalam memakmurkan sesebuah bandar itu. Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang majoriti kaum Cina.
Hj Hadi memberi contoh yang harus kita pertimbangkan. Katanya, lihat sahaja jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding RM50 juta di majlis daerah kawasan desa di Selangor yang majoritinya pula satu kaum lain. Akhbar semalam melaporkan dakwaan DAP bahawa PAS tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu. Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke berkata, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng telah menghubungi sendiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali melalui telefon bagi mendapatkan pandangan mereka tentang perkara tersebut. Menurut beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu tidak membantah hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan DAP agar tidak melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang, kata Hj Hadi. Bagi IBM, itulah caranya DAP untuk mengembangkan pengaruh politiknya.
Tidak dapat jadi pemerintah, tak apa, tapi, dari segi ekonomi, suara dan kuasa, DAP kian hampir mendapatkannya. Maka, apabila ini benar-benar berlaku kelak, apa tindakan kita orang-orang Melayu? PAS dan UMNO? kemana hala tuju kita semua? Dan....adalah peringatan dari Hj Hadi Awang bahawa kemungkinan sejarah hitam 13 Mei akan berlaku kembali, dan adakah itu yang kita semua mahu? Fikir-fikirkan, kerana apabila berlaku perkara tersebut, jangan cuba-cuba nak salahkan satu sama lain kerana kesilapan tersebut berpunca dari diri kita (orang-orang Melayu) sendiri. Melayu tidak bersatu. Manakala PAS disarankan supaya cepat-cepat berambus dari Pakatan Rakyat, kerana ianya bukanlah sebuah parti pakatan yang membawa menafaat kepada rakyat dan negara. Harap maklum!! Wassalam ~ IBM