Friday, January 9, 2015

KENAPA PKR BIMBANG JIKA DR MAZLAN KETUAI SKMM?

JUMAAT, 09 JANUARI 2015
SEPERTI ternampak hantu, takut, terkejut pemimpin PKR ini apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat perlantikan baru bagi jawatan PengerusinyaAngkatan Muda PKR (AMK) bimbang sekiranya kerajaan benar-benar melantik seorang pemimpin BN, Mazlan Ismail ke jawatan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar atas, kanan) berkata, pergerakan itu bimbang bahawa pelantikan itu akan memberi “perkembangan tidak sihat”. Katanya, ini memandangkan Mazlan pernah bertanding untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia juga mempromosi Mazlan sebagai calon yang diura-urakan ke jawatan berkenaan. Kontrak (pengerusi sebelum ini) Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan. Akhbar milik UMNO, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka. Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat, kata Nik Nazmi dalam kenyataannya. 

Sementara itu, MP Bayan Baru Sim Tze Tsin dalam kenyataannya berkata pelantikan Mazlan mungkin memberi kuasa kepada UMNO untuk mengawal Internet. PKR melihat perkara ini sebagai tindakan mempolitikkan badan pengawal Internet dan menguatkan kawalan UMNO ke atas Internet. Ini boleh membawa kepada tindakan keras ke atas suara tentangan di Internet seperti laman berita dalam talian, media sosial dan blog independen. Dengan perkembangan baru ini, PKR bimbang jika benteng terakhir yang menjaga kebebasan Internet akhirnya dibolosi dan ditawan, kata Sim dalam kenyataannya. Persoalanya disini, kenapa PKR harus takut sekiranya Dr Mazlan Ismail (gambar atas kiri) di lantik sebagai Pengerusi SKMM yang baharu? Adakah pembangkang merasakan kebebasan untuk mereka membuat provokasi terhadap kerajaan, Sultan dan juga isu-isu sensitif seperti agama sewenang-wenangnya di permainkan oleh pembangkang tersekat?. 

Dan, mungkin pengerusi yang lama, Datuk Mohamed Sharil tidak begitu tegas, maka dengan senang mereka (pembangkang) menyalah gunakan internet sesuka hati mereka. Jesteru, IBM beranggapan, pembangkang takut dengan bayang-bayang mereka sebelum terlantiknya pengerusi SKMM yang baharu. PKR tentu tengah berfikir dan mencari jalan bagaimana untuk menebusi internet dan tidak disekat oleh SKMM jika pengunaan internet mereka (pembangkang) menyalahi undang-undang yang sedia ada. Kita tunggu langkah PKR seterusnya. Kini, PKR sedang 'demam panas'. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...