
BUKAN maksud IBM nak menyebuk pasal pakatan haram ni. Tapi, itulah realitinya sekarang. Kita semua tahu perang diantara PAS & DAPigs sudah sampai ke kemuncaknya. Tapi, hairan juga IBM dibuatnya. PAS masih terhegeh-hegeh dan ingin terus bersama pakatan haram. Dah kena 'nasi kangkang' kot. Dari sudut politik, memang kita nampak bahawa percakaran yang berterusan antara PAS dan DAP disifatkan sebagai 'gambaran cukup baik' kepada rakyat untuk menilai tahap kesepakatan politik pakatan pembangkang itu. Itu pandangan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya masalah dalaman antara komponen Pakatan Rakyat yang berlaku sejak sekian lama itu gagal disembunyikan lagi. Justeru beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin rakyat dapat menilai hala tuju sebenar pakatan pembangkang itu. Ini satu gambaran yang cukup baik untuk rakyat, gambaran untuk pembelajaran (iktibar) bukan untuk diikut. Isu-isu yang dibangkitkan mereka... tak fikir menjadi minat rakyat, katanya. Mereka (PAS & DAP) sejak dulu lagi bersengketa, tapi cuba disorok, namun sampai bila kerana satu ketika nanti perkara ini akan 'terburai', kata TS Muhyidin.
