KATA anak Tuan Guru Nik Aziz, Nik Abduh, ayah beliau tidak nazak seperti yang dilaporkan di laman sosial Facebook, cuma uzur sahaja, sakit tua. Nik Abduh juga berkata, ayahandanya Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS, cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini. Menurut Nik Abduh lagi, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di Masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan. (Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya-Allah, katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Dalam kenyataannya yang disiarkan di Facebook Nik Aziz hari ini, Nik Abduh berkata ayahandanya juga memilih untuk tidak diziarahi kerana mahu berehat secukupnya. Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam, katanya.
Sementara itu Bernama melaporkan gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama. Maka, tidak benarlah apa yang IBM baca dari sebuah blog KLIK disini (untuk cerita lanjut) yang menyiarkan bahawa Nik Aziz sedang tenat. Dalam hal ini, eloklah kita seledik dahulu akan kesohehannya. Jangan main hentam goromo sahaja, kerana sekiranya kita mengada-ada dan menokok tambah cerita yang tak benar, itu fitnah namanya. Dan...bila kita mewar-warkan seseorang itu terlalu kritikal, tapi sebenarnya tidak, maka itu dianggap sebagai satu doa. Dalam hal Tok Guru Nik Aziz ini, begitu juga. Maka, ianya sabagai satu doa dan mudah-mudahan sihatlah Tok Guru Nik Aziz.
Tapi, kalau dilihat wajah Tok Guru ni (gambar atas, kanan), memang uzurnya di tahap satu (1), macam kanser jugalah, ada tahap-tahapnya. Apapun, biarlah mereka, puak-puak PAS yang membetulkan keadaan dan menceritakan keadaan Nik Aziz yang sebenar-benarnya. Bagi IBM, apa yang berlegar didalam kepala otak IBM ialah yang mana satu betul ni, Uzur atau Nazak? Kepada puak-puak PAS tu, cepat-cepatlah berdoa, sembahyang hajat agar Tok guru korang tu cepat-cepat sembuh. Mudah-mudah beliau (Nik Aziz) sempat buat sembahyang taubat, minta ampun dari allah SWT akan dosa-dosanya yang lampau, menghina, mendoakan agar pemimpin-pemimpin UMNO pecah perut, juga mengkafirkan orang-orang UMNO dan banyak lagi lah.....Wassalam ~ IBM