
BILA kena kat batang hidung geng-geng depa, cepat-cepat mereka (PKR) nak 'cover' lubang. Tersalah cakap lah, 'serkap jarang' lah dan berbagai-bagai lagi. Nampaknya, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam mereka persedakan. Mereka (pembangkang) seolah-olah dalang disebalik penghinaan demi penghinaan yang berleluasa sejak akhir-akhir ini terhadap agama Islam. Bagi IBM sudah tidak hairan jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat senada dengan sekutunya, memang IBM sudah duga. PAS hanya berlakun apabila turut mengakui tidak bersetuju dengan tindakan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tapi, apa tindakan mereka (PAS)? Disebalik kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh akan kenyataan Paulsen bahawa Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme boleh dianggap sebagai penghinan kepada umat Islam. Beliau kononnya tidak bersetuju dengan kenyataan umum Eric yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, katanya menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan hari ini, Rabu.
ISLAM TIDAK PERNAH MENGHINA AGAMA LAIN

Namun perkara dasar ini akan hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata. Beliau dan PKR bersedia memainkan peranan untuk menyuburkan budaya dialog perbincangan dan mengelakkan budaya ancam mengancam serta ugutan, katanya. Maka, IBM ingin membuat rumusan disini bahawa PKR memang mempunyai sikap tidak boleh menerima akan kesalahan yang puak-puak mereka lakukan. Segala tindak-tanduk daripada kerajaan dan pihak yang berwajib, semuanya salah pada mereka. Mereka (PKR) selalu mengunakan perkataan 'tapi'. Memang perkataan 'tapi' akan digunakan setiap kali mereka membuat komen. Haram jadah punya PKR. Maka, berani buat berani tanggung lah. Wassalam - IBM