Friday, January 30, 2015

PM LUANG MASA ZIARAH NIK AZIZ

JUMAAT, 30 JANUARI 2015
WALAUPUN pernah didoakan agar 'pecat perut', dan banyak lagi sampah seranah, maki hamun oleh Tok Guru Nik Aziz, namun  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyimpan dendam atau marah terhadap Mursyidul Am PAS itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malah beliau meluangkan masa melawat Tok Guru Nik Aziz yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam, Khamis. Itulah satu keistimewaan yang ada pada pemimpin-pemimpin UMNO, bukan nak bodek, tapi ianya 'realiti'. Tabik habis pada Perdana Menteri kita yang mempunyai sifat penyabar, tidak pilih bulu dan tidak pernah menyimpan dendam pada sesiapa, walaupun musuh politik beliau. Kehadiran beliau di Hospital kira-kira pukul 2.15 petang itu diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha dan anak bekas Menteri Besar itu yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh. 

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu. Nik Aziz yang dikesan menghidap kanser prostat sejak lima tahun lalu kini dilaporkan semakin sihat malah Nik Abduh sebelum ini turut membayangkan bapanya itu akan dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat. Malah, Nik Abduh turut mengakui bapanya kini menunjukkan perkembangan positif malah sudah mampu duduk di atas kerusi roda. Alhamdulillah!. Sikit komen (pertanyaaan) dari IBM dalam posting ini. Sekiranya pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri (PM) kita yang masuk Hospital, agak-agak diorang pemimpin-pemimpin pembangkang akan datang melawat tak? Wallah Wa'alam. Wassalam, dan salam Jumaat untuk semua. ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...