Tuesday, January 20, 2015

HENTAM DAIM DI TV3 ANGKARA DAN AGENDA JAHAT PKR, KATA SAIFUL BUKHARI

SELASA, 20 JANUARI 2015
RAMAI betul pencacai PKR naik  berang dan membuat komen yang melampau di portal Pro Pembangkang, malaysiakini apabila dengan tetiba  Saiful Bukhari Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul membuat pendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Amatlah marahnya mereka, bermacam-maca perkatan lucah mereka lamparkan terhadap Saiful. Itulah wajah sebenar puak-puak yang terlalu 'ekstrem' yang disimpan dan bela oleh pembangkang. Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahanmust cover and use (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu. Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota Parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin (kiri gambar bawah). Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di Parlimen. 

Jelas Saiful, bukan niat beliau untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage (liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar@Sham Ketut, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim al-jub pula?” soalnya. Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”. Apa motifnya?, kata Saiful. Untuk pengetahuan semua, Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”. Hari terakhir beliau bertugas pada 15 Disember. Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC (sidang media) Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam tokoh yang beliau sendiri hormati. Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah," kata Saiful. Daim (gambar kanan) sebelum ini telah menyuarakan rasa terkejutnya terhadap perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya. 

Serangan terhadap Daim, orang kuat Tun Mahathir Mohamad, dilihat bermula selepas bekas Perdana Menteri dan beberapa lagi tokoh mula bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. SPRM pada 1998, ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR), memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap Daim. Bagaimanapun, kali ini, SPRM telah mengambil keterangan Daim dan akan bertemu dengan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu. Ehmmm...bersiap sedialah Anwar al-jub. Siapakan bukti-bukti seperti yang dikata. Jangan seperti semasa kamu di tendang oleh Tun Mahathir dahulu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, bertimbun-timbun fail yang kamu keluarkan kononnya sebagai bahan bukti bahawa ada penyelewengan berlaku dan bermacam-macam tuduhan dilamparkan di bawah pemerintahan Tun Mahathir dan kononnya diri kamu di fitnah. 

Mana, mana semua bukti-bukti tu? Kosong, pembohong. Itulah realiti sebenarnya. Apapun, tahniah IBM ucapkan kepada Siful yang berani dan tampil untuk mendedahkan perbuatan 'melampau' pembangkang, terutamanya PKR. Isu Anwar diberi ruang untuk muncul di kaca TV3, adalah isu dendam, dendam lama. Anwar mengambil kesempatan ini bagi membalas dendam dan cuba mengaibkan Daim, orang kuat dan berpengaruh semasa pemerintah Tun Mahathir. Tak dapat hentam Tun Mahathir, Tun Daim pun jadilah. Itu misi Anwar al-jub, bak kata perpatah, 'tak dapat tangan, telinga di pulas'. Harap maklum ye...IBM bukan nak berpihak kepada Tun Daim, tapi, kenapalah Tun Daim hentam (tibai) DS Najib secara terbuka, kenapa tidak berbincang secara tertutup? Itu silap Tun Daim sendiri. Kepada TV3, kena beri penjelasan kenapa program itu diteruskan dan tidak ditapis terlebih dahulu? Soalan IBM, TV3 sudah berpaling tadah ke? Jawap...jangan tak jawap. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...