[EHSAN DARI SEBUAH BLOG] :
UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....
BANJIR besar di Kelantan pada kali ini mempamerkan banyak perkara yang mengejutkan rakyat Malaysia. Negeri pemerintahan ulama ini merupakan negeri yang berhadapan dengan banjir yang boleh dianggap teruk berbanding negeri-negeri lain. Sedang berbicara tentang banjir di Kelantan, tidak semena-mena, isu pembalakan menjadi perbincangan hangat dalam media sosial. Ini dilihat kepada faktor permulaan banjir berlaku di kawasan-kawasan pembalakan. Lebih jelas, apabila tersebar gambar-gambar dan video yang mempamerkan beberapa kawasan hutan yang sudah gondol. Menurut dakwaan ramai, ia akibat daripada pembalakan. Sejurus surut air banjir di beberapa kawasan, bukan sekadar kerosakan harta benda, tetapi kelihatan peninggalan air banjir itu ada lumpur dan bekas tanah yang agak banyak. Ini menjadi lebih kuat pada sangkaan ramai bahawa banjir besar kali ini, secara tidak langsung punyai kaitan dengan pembalakan.


Di era pemerintahan Umar bin al-Khattab, beliau diberitahu bahawa gabenor lantikannya di Bahrain mencapai kekayaan. Keraguan dalam mendapat sumber kewangan, menjadikan Saidina Umar bin al-Khattab memanggil gabenor itu untuk datang mengadap dan dilakukan siasatan hisbah. Ternyata dalam siasatan tersebut, gabenor terbabit berjaya dibuktikan tidak bersalah. (lihat al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, hadis no: 3,327) Perlaksanaan hisbah ini dilihat penting dalam kerangka politik umat islam di zaman salafus soleh dahulu kerana mengelak keraguan rakyat terhadap pemerintah. Lebih-lebih lagi, dalam banyak hadis dipamerkan bagaimana Islam melihat kepentingan penguasa membina kredibiliti di mata rakyat. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak membenarkan ahli keluarga baginda menerima zakat dan sedekah. (lihat Riwayat Muslim, hadis no: 167) Malahan, dalam hadis yang lain digambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW ternampak cucu baginda al-Hasan bin ‘Ali termakan buah kurma yang disedekahkan, baginda sendiri mengorek kurma itu daripada mulut cucu baginda.
(lihat Riwayat Muslim, hadis no: 161) Dalam komentar al-Imam al-Syawkani dalam kitab Nail al-Awtar, tindakan Nabi Muhammad itu kerana mengelak dari sebarang tohmah yang bakal dilakukan terhadap baginda. (lihat jilid 6, halaman 478). Tidak diabaikan dengan kisah Saidina Umar bin Abd al-Aziz yang beliau menolak hadiah sebiji epal yang diberikan oleh salah seorang pegawai beliau. Apabila diberitahu kepada beliau bahawa baginda SAW, Abu Bakar dan Umar menerima hadiah, dengan pantas Umar bin Abd al-Aziz menjawab: Bagi mereka, ia merupakan sedekah. Sedangkan pemberian pegawai kerajaan selepas mereka dianggap sebagai rasuah.” (Lihat Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-bari Syarh al-Bukhari, jilid 8, halaman 82) Nyata betapa politik dalam kalangan umat Islam, sejak zaman Nabi Muhammad SAW, faktor membina pemerintahan yang punyai kepercayaan rakyat ini amat perlu dan amat penting.
Kesimpulannya, adakah PAS sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam, hak rakyat dan masihkah rakyat di Kelantan mempercayai kerajaan PAS setelah berlakunya musibah 'banjir luar' biasa ketika ini? Tidakah rakyat Kelantan merasakan mereka tertipu selama lebih 20 tahun PAS memerintah?, tapi.....semuanya HAMPEHHHH! Fikir-fikirkan demi untuk masa depan anak-cucu kita di kemudian hari. PAS bukan pejuang agama dan bangsa. PAS sudah lari dari konsep perjuangan asalnya dan PAS hanyalah sebuah parti politik yang dicucuk hidungnya oleh rakan sepejuangan mereka, iaitu DAPigs & PKR. Wassalam ~ IBM