PEMBANGKANG dilihat sudah kehabisan modal. Otak mereka berserabut, kosong, bercelaru, iri hati, dengki dan berbagai-bagai lagi. IBM bersependapat dan setuju dengan kenyataan oleh bekas Menteri Kabinet, Datuk Zainuddin Maidin percaya bahawa isu ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor di tanah air dibangkitkan untuk menghakis populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Zainuddin berkata, beliau tahu bahawa warga media selama ini tidak senang apabila Rosmah dilihat terlalu menonjol. Maka, beliau berpendapat bahawa tindakan media yang mempersoalkan ketidakhadiran Rosmah kali ini berniat untuk mencalarkan lagi imej Najib. Selama ini orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penonjolan keterlauan Rosmah di media utama akhbar dan televisyen, maka mengapa ketidakhadirannya menjadi suatu persoalan utama mereka? Tidakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah berfikir sebaliknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?, kata Zainuddin.
Semalam, IBM terbaca di dalam tulisannya di blog zamkata.blogspot.com, bekas MP Merbok itu berkata isu yang dibangkitkan oleh The Malaysian Insider itu bertujuan untuk “menyerlahkan aspek negatif”. (Namun) beliau tidak percaya akan dapat menutup keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan Datuk Seri Najib, katanya. Dengan sinis, Zainuddin berkata ia dapat dilihat apabila Najib sanggup meninggalkan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke tanah air. Najib juga tanpa membuang masa dan dengan tidak mengira penat lelah melawat mangsa banjir sebaik tiba di tanah air, Sabtu lalu, katanya. Itulah kelebihan yang ada pada Perdana Menteri kita, DS Najib yang kini amat-amat di cemburui dan membuat parti pembangkang terasa tercabar kerana ianya akan melibatkan PRU ke-14 yang akan datang. Rakyat sudah mula menilai akan kewibaan dan ke perhatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan DS Najib bagi menyelesaikan musibah banjir yang melanda negara sekarang. Jesteru, Tabik untuk DS Najib!.

