Showing posts with label Hari ini dalam sejarah.. Show all posts
Showing posts with label Hari ini dalam sejarah.. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

06 JULAI

PENUBUHAN SURUHANJAYA KEBANGSAAN UNESCO

TARIKH PERISTIWA : 06.07.1966

Penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa meliputi beberapa bidang. Penglibatan ini penting untuk mendapatkan kerjasama dan kesefahaman antarabangsa terutama yang melibatkan hubungan dua hala. Pada hari ini 6 Julai 1966 satu Suruhanjaya Kebangsaan bagi Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau lebih dikenali dengan panggilan UNESCO telah ditubuhkan di Malaysia. Suruhanjaya ini diletakkan di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi ahli UNESCO sejak tahun 1958 lagi dan pada hari ini satu suruhanjaya peringkat kebangsaan mengenainya telah ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan kebudayaan dan saintifik di peringkat antarabangsa.

Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari dan mempunyai 21 orang ahli dari bidang pelajaran, sains dan kebudayaan termasuk juga wakil-wakil dari pusat pengajian tinggi. Suruhanjaya ini mempunyai 6 jawatankuasa yang terdiri dari Jawatankuasa Pelajaran, Jawatankuasa Sains Kemasyarakatan, Sains dan Teknologi, Komunikasi Massa, Kebudayaan serta Pentadbiran dan Kewangan. Suruhanjaya akan bertindak memberi nasihat kepada kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan rancangan UNESCO serta menyebarkan maklumat kepada organisasi. Selain dari itu suruhanjaya juga akan menerangkan kepada masyarakat negara ini mengenai fungsi dan objektif UNESCO di samping membantu semua aktiviti di peringkat kebangsaan. Melalui penubuhan Suruhanjaya Peringkat Kebangsaan UNESCO ini aktiviti-aktiviti ke arah menjadikan bidang pendidikan, kebudayaan dan saintifik akan dapat diputuskan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat negara ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA TABIAT MEMBACA AKAN MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM KOTAK FIKIRAN ANDA.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Sunday, July 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

03 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :



PERASMIAN PUSAT PERGERAKAN RELA SRI AMAN, SARAWAK

TARIKH PERISTIWA : 03.07.1989

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau ringkasnya RELA adalah salah sebuah jentera keselamatan kerajaan. RELA merupakan bukti yang nyata menunjukkan keazaman kerajaan bagi mengembelingkan tenaga rakyat dari semua golongan untuk sama-sama secara sukarela memelihara kamanan negara. Dalam erti kata lain mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah semata-mata tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua rakyat. Bagi negeri Sarawak, penubuhan pusat-pusat pergerakan RELA sedang giat dirancang dan dilaksanakan. Pada hari ini 3.7.1989 Menteri Pembangunan Tanah Negeri Sarawak Y.B. Encik Adenan bin Haji Satem telah merasmikan Pusat Pergerakan RELA Kawasan III, Daerah Kecil Meludam, Sri Aman, Sarawak. Bangunan Pusat Pergerakan itu didirikan hasil dari sumbangan Kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM20 ribu. Tapak bangunan juga adalah pemberian dari Kerajaan Negeri. Dalam ucapan perasmiannya Encik Adenan menyeru anggota-anggota RELA negeri Sarawak supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana ini akan meninggikan lagi imej anggota RELA selaku pembantu pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas keamanan. Bersempena dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA itu, Pejabat RELA Daerah Sri Aman dengan kerjasama Ibu pejabat RELA Negeri Sarawak telah menganjurkan satu kursus Kepimpinan Sehari kepada Ketua Pergerakan dan Ketua-ketua Biro serta ahli-ahli Pergerakan Rela mukim pada 2.7.1989, yang mana telah dihadiri oleh 94 orang ahli RELA dan para penceramahnya di jemput khas dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba Negeri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat RELA negeri Sarawak. Sesungguhnya dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA Sri Aman, Sarawak diharap para RELA di kawasan berkenaan akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka sama ada dalam bidang keselamatan dan kebajikan dan sebagainya.

SELAMAT MEMBACA KERANA MEMBACA BOLEH MEMBANTU ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN LEBIH BAIK. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Saturday, April 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

30 APRIL



Asssalamuaikum semua para pembaca yang budiman.

Selamat beristerihat bersama-sama dengan ahli keluaraga yang tersayang. Sambil itu jom baca apakah yang berlaku pada hari ini :

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 30-04-1953
Pada hari ini dalam tahun 1953, Persatuan Sejarah Malaysia yang nama asalnya Persatuan Sejarah Malaya telah ditubuhkan. Penubuhan Persatuan ini adalah hasil cetusan idea Datuk E.E.C. Thuraisingam, Ahli Pendidikan (setaraf Menteri Pendidikan kini). Majlis penubuhan persatuan ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer dan diadakan dalam suasana gilang-gemilang dengan disaksikan oleh Sultan Pahang, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Tengku Mahkota Johor, Pemangku Sultan Perak, wakil Raja Perlis dan pembesar-pembesar tempatan. Serentak dengan penubuhannya, Majlis Persatuan Sejarah Malaysia juga ditubuhkan yang terdiri daripada Yang Dipertua, Dato’ Mahmud bin Mat; Naib Yang Dipertua, Datuk E.E.C. Thuraisingam, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Sir Cheng Lok Tan; Ahli Majlis, M.C. Sheppard, Mustapha Al-Bakri, L. Whitfield, H.H. Beamish, Dato’ F.W. Douglas, Haji Zainal Abidin Ahmad, Ng Seo Buck, Rev. Yeh Hua Fen, G. Hawkins, K. Ramanathan, S. Thuraisingam, J.C. Bottoms dan Mohd Mohideen. Setiausaha Kehormat adalah J.C. Loch, M.C.S. dan Bendahari Kehormat adalah Yong Pun How. Antara tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menimbulkan minat yang lebih luas terhadap sejarah, kebudayaan dan adat resam penduduk Malaysia dan wilayah-wilayah jirannya.
SELAMAT MEMBACA. MAAF HARI INI KURANG SIHAT SIKIT. IKHLAS DARI :IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Thursday, April 21, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

21 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


PERASMIAN DATARAN PERWIRA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Tarikh Peristiwa : 21-04-1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, Majlis Perasmian Dataran Perwira Universiti Utara Malaysia, Sintok telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman. Di dalam titah perutusannya baginda, telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada Universiti Utara Malaysia di atas inisiatif yang telah di ambil bagi mendirikan Dataran Perwira sebagai mengenang jasa anggota-anggota keselamatan dan orang awam yang telah terkorban di kawasan Sintok semasa darurat. Seramai 25 orang anggota keselamatan telah terkorban semasa bertempur dengan pengganas komunis yang juga turut melibatkan seramai 10 orang awam yang turut terkorban. Kampus Sintok diwujudkan dalam kawasan hitam yang menyimpan pelbagai sejarah perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air. Sesungguhnya, tugu yang dibina ini melambangkan kepahlawanan dan manifestasi perjuangan perwira-perwira yang gugur demi negara.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA ]

Tuesday, April 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

12 APRIL

Landasan Kereta Api Di Sabotaj Komunis


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

MENGIMBAS KEMBALI AKAN KEKEJAMAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU :

SABOTAJ KERETAPI OLEH PENGGANAS KOMUNIS
Tarikh : 12-04-1956

Pada hari ini 12.4.1956, pengganas-pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. Ini menyebabkan kegelinciran keretapi yang dahsyat dalam sejarah Darurat. Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang tergelincir dari landasannya. Pihak komunis telah menggunakan dinamit untuk meletupkan 150 kaki landasan keretapi itu. Walau bagaimanapun, tidak ada nyawa yang terkorban, hanya 3 orang mendapat kecederaan. Kerugian kepada pihak Kerajaan telah dianggarkan lebih dari RM 100,000. Pengganas komunis telah melakukan berbagai kerosakan, keganasan dan kacau bilau sepanjang tempoh darurat 1948-1960. Walaupun begitu perjuangan mereka tidak mendapat tempat di hati rakyat negara ini.


WALAUPUN ERA KOMUNIS TELAH BERLALU, TAPI SEGALA KENANGAN PAHIT YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT JELATA, MASIH LAGI TERASA. KINI....TINGKAT LAKU KOMUNIS DI MASA ITU TELAH MULA BERTAPAK SEMULA DI ZAMAN MODERN INI YANG CUBA DIHIDUPKAN KEMBALI OLEH SALAH SEBUAH PARTI PEMBANGKANG DENGAN BANTUAN DAN NASIHAT DARI NEGARA JIRAN. KEPADA RAKYAT MALAYSIA, HARAP-HARAP BERHATI-HATI. INI BUKAN HASUTAN, TAPI REALITINYA AKAN TERJADI SEKIRANYA KITA TIDAK BERWAS PADA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Tuesday, March 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

22 MARCH 2011

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Bersua kita kembali Hari Ini Dalam Sejarah setelah empat hari menghilangkan diri kerana ada tugas dan misi yang penting untuk di bereskan. Jom kita tengok apa yang berlaku pada hari ini..............

PELANCARAN RASMI PERSATUAN KEBANGSAAN MENCEGAH SALAH GUNA DADAH
Tarikh Peristiwa : 22-03-1976

Pada hari ini dalam tahun 1976, Persatuan Kebangsaan Salahguna Dadah telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B Datuk Hussein Bin Onn, Perdana Menteri Malaysia. Ia telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Perdana Menteri dalam perutusannya, menyifatkan masalah penyalahgunaan dadah adalah musuh nasional yang melibatkan penduduk negara ini terutamanya golongan muda. Ia merupakan ancaman yang berat pada negara kerana perbuatan ini akan melemahkan tenaga rakyat dan akan membawa kepada kemerosotan usaha pembangunan dan kemajuan. Kerajaan telah mengambil tindakan tegas dalam hal ini, dengan berusaha menghapuskan penyeludup dan pengedar dadah serta melaksanakan usaha-usaha lain seperti mencegah, memberi rawatan dan pemulihan percuma bertujuan menyelamatkan rakyat negara ini. Sebahagian besar masyarakat sedar akan bahaya dadah, namun kesedaran dan usaha kerajaan itu tidak bermakna jika kerjasama dari masyarakat terutamanya dari segi didikan ibubapa di rumah tidak dilaksanakan dengan baik. Untuk melibatkan masyarakat dan ibubapa dalam usaha mencegah dan mengatasi masalah dadah ini, maka Persatuan Kebangsaan Mencegah Salahguna Dadah ditubuhkan demi kebaikan masyarakat dan negara.


Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh

PERASMIAN PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE
Tarikh Peristiwa : 22-03-1986

Sesuatu penghargaan terhadap jasa dan bakti seseorang tokoh Tanah Air, merupakan suatu perkara yang perlu diberi perhatian berat, walau dalam apa bidang sekalipun, sama ada bidang politik, ekonomi, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Justeru itu untuk memperingati jasa dan bakti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang seni tanahari, maka pelbagai usaha oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Institusi Perfileman, keluarga-keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah, SENIMAN, PAPITA, media massa dan lain-lain telah dijalankan bagi menubuhkan sebuah Pustaka Peringatan P. Ramlee. Pada hari ini 22.3.1986, Pustaka Peringatan Seniman Agung P. Ramlee telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Dr. Sulaiman bin Daud. Pustaka ini adalah di bawah pentadbiran dan pengelolaan Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Pustaka Peringatan P. Ramlee terletak dibekas kediaman Allahyarham di No.22 Jalan Dedap, Taman Furlong, Setapak, antara lain bertujuan:

  1. Untuk memperingati sumbangan dan jasa bakti Allahyarham P. Ramlee dan merangkumi jasa-jasa Allahyarhamah Saloma kepada dunia seni tanahair.
  2. Untuk memelihara segala bahan kepunyaan dan mengenai Allahyarham P. Ramlee termasuk Allahyarhamah Saloma dari masa kecil hingga ke akhir hayatnya.
  3. Untuk mengadakan kemudahan-kemudahan penyimpanan, pemeliharaan, pameran, rujukan, penyelidikan dan sebagainya mengenai Allahyarham berdua.
  4. Untuk menjadikan Pustaka itu sebagai sebuah badan yang menggalakkan kajian dan memberi kemudahan penyelidikan berkaitan Allahyarham

Di antara bahan-bahan Allahyarham yang dipamerkan termasuk surat-menyurat, dokumen, buku, filem, piring hitam, pita rakaman, anugerah kebesaran serta hadiah-hadiah yang diterima oleh Allahyarham sepanjang penglibatannya dalam dunia seni tanahair. Datuk Dr. Sulaiman Daud dalam ucapan perasmiannya telah mengumumkan pertukaran nama Taman Furlong kepada Taman P. Ramlee. Di samping itu beliau juga berharap melalui penubuhan Pustaka Peringatan P. Ramlee itu akan dapat membuatkan masyarakat menjadikan seniman agong tersebut sebagai contoh ke arah meninggikan lagi dunia seni tanah air. Sesungguhnya dengan penubuhan dan perasmian Pustaka Peringatan P. Ramlee pada hari ini, di harap generasi-generasi muda yang berkecenderungan dalam bidang seni akan menjadikan Allahyarham P. Ramlee sebagai sumber ilham terbaik dalam mengejar cita-cita mereka untuk meningkatkan martabat seni tanah air.


SELAMAT MEMBACA SEMUA - IBM

[Sumber : ARKIB NEGARA]

Tuesday, March 15, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

15 MARCH


PERASMIAN KONGRES UNIVERSITI KEBANGSAAN
Tarikh Peristiwa : 15-03-1969
Pada hari ini dalam tahun 1969, Kongres Universiti Kebangsaan telah dirasmikan oleh Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia. Kongres sehari ini dihadiri lebih 600 orang peserta termasuk wakil-wakil kedutaan asing, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan pemerhati daripada pelbagai badan seluruh Malaysia. Ketika berucap pada majlis perasmian tersebut, Encik Khir Johari menyatakan hasrat rakyat dan negara untuk merealisasikan projek Universiti ini merupakan suatu usaha yang tiada tolak bandingnya. Penubuhannya mendapat sokongan daripada seluruh pelosok negara dengan semangat kebangsaan yang mempunyai kesedaran terhadap keperluan pendidikan peringkat tinggi yang berteraskan sistem pelajaran kebangsaan Tujuan akhirnya adalah untuk membentuk sebuah Universiti Kebangsaan yang benar-benar beraliran dan bercorak kebangsaan menjelang tahun 1970. . Kongres telah menyusulkan satu resolusi iaitu menubuhkan sebuah Universiti Kebangsaan bagi rakyat Negara ini sebagai lambang kejayaan pendidikan rakyat Negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. DAN SETERUSNYA PADA HARI YANG SAMA.......

Pasukan Pengaman Malaysia

PASUKAN PENGAMAN MALAYSIA TIBA DI PHONM PENH
Tarikh Peristiwa : 15-03-1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, kumpulan pertama seramai 47 anggota tentera Malaysia telah tiba di Kemboja bagi menyertai misi pengaman terbesar dalam sejarah antarabangsa. Kumpulan pertama yang diketuai oleh Kolonel Mohd Arshad Mohd Raji daripada Markas Lima Briged Kota Kinabalu ini terdiri daripada 15 orang pegawai dan 32 orang anggota daripada lain-lain pangkat. Kontinjen awal ini telah diterbangkan dengan dua pesawat TUDM C130H dan telah mendarat di Battambang yang terletak di Sempadan Thailand - Kemboja. Seramai 850 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat dalam misi pasukan pengaman ini dengan 655 anggota daripadanya dari Batalion Pertama Rejimen Renjer. Tugas utama pasukan pengaman ke Kemboja adalah untuk memulihkan keamanan negara Kemboja setelah musnah akibat perang saudara di antara empat puak yang bertelagah. Misi ini juga melibatkan tugas mengawasi gencatan senjata, memberi perlindungan kepada 500,000 pelarian, memerhatikan keselamatan, membuat perhubungan dan laporan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara kejayaan cemerlang pasukan tentera Malaysia dalam melaksanakan misi ini, ialah berjaya mengendalikan seramai 4.7 juta penduduk ketika pilihan raya bagi sektor Battambang.

SELAMAT MEMBACA SEMUA - IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...