Sunday, July 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

03 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :



PERASMIAN PUSAT PERGERAKAN RELA SRI AMAN, SARAWAK

TARIKH PERISTIWA : 03.07.1989

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau ringkasnya RELA adalah salah sebuah jentera keselamatan kerajaan. RELA merupakan bukti yang nyata menunjukkan keazaman kerajaan bagi mengembelingkan tenaga rakyat dari semua golongan untuk sama-sama secara sukarela memelihara kamanan negara. Dalam erti kata lain mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah semata-mata tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua rakyat. Bagi negeri Sarawak, penubuhan pusat-pusat pergerakan RELA sedang giat dirancang dan dilaksanakan. Pada hari ini 3.7.1989 Menteri Pembangunan Tanah Negeri Sarawak Y.B. Encik Adenan bin Haji Satem telah merasmikan Pusat Pergerakan RELA Kawasan III, Daerah Kecil Meludam, Sri Aman, Sarawak. Bangunan Pusat Pergerakan itu didirikan hasil dari sumbangan Kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM20 ribu. Tapak bangunan juga adalah pemberian dari Kerajaan Negeri. Dalam ucapan perasmiannya Encik Adenan menyeru anggota-anggota RELA negeri Sarawak supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana ini akan meninggikan lagi imej anggota RELA selaku pembantu pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas keamanan. Bersempena dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA itu, Pejabat RELA Daerah Sri Aman dengan kerjasama Ibu pejabat RELA Negeri Sarawak telah menganjurkan satu kursus Kepimpinan Sehari kepada Ketua Pergerakan dan Ketua-ketua Biro serta ahli-ahli Pergerakan Rela mukim pada 2.7.1989, yang mana telah dihadiri oleh 94 orang ahli RELA dan para penceramahnya di jemput khas dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba Negeri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat RELA negeri Sarawak. Sesungguhnya dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA Sri Aman, Sarawak diharap para RELA di kawasan berkenaan akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka sama ada dalam bidang keselamatan dan kebajikan dan sebagainya.

SELAMAT MEMBACA KERANA MEMBACA BOLEH MEMBANTU ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN LEBIH BAIK. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...