Wednesday, July 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

06 JULAI

PENUBUHAN SURUHANJAYA KEBANGSAAN UNESCO

TARIKH PERISTIWA : 06.07.1966

Penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa meliputi beberapa bidang. Penglibatan ini penting untuk mendapatkan kerjasama dan kesefahaman antarabangsa terutama yang melibatkan hubungan dua hala. Pada hari ini 6 Julai 1966 satu Suruhanjaya Kebangsaan bagi Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau lebih dikenali dengan panggilan UNESCO telah ditubuhkan di Malaysia. Suruhanjaya ini diletakkan di bawah kuasa Kementerian Pelajaran. Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi ahli UNESCO sejak tahun 1958 lagi dan pada hari ini satu suruhanjaya peringkat kebangsaan mengenainya telah ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan kebudayaan dan saintifik di peringkat antarabangsa.

Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari dan mempunyai 21 orang ahli dari bidang pelajaran, sains dan kebudayaan termasuk juga wakil-wakil dari pusat pengajian tinggi. Suruhanjaya ini mempunyai 6 jawatankuasa yang terdiri dari Jawatankuasa Pelajaran, Jawatankuasa Sains Kemasyarakatan, Sains dan Teknologi, Komunikasi Massa, Kebudayaan serta Pentadbiran dan Kewangan. Suruhanjaya akan bertindak memberi nasihat kepada kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan rancangan UNESCO serta menyebarkan maklumat kepada organisasi. Selain dari itu suruhanjaya juga akan menerangkan kepada masyarakat negara ini mengenai fungsi dan objektif UNESCO di samping membantu semua aktiviti di peringkat kebangsaan. Melalui penubuhan Suruhanjaya Peringkat Kebangsaan UNESCO ini aktiviti-aktiviti ke arah menjadikan bidang pendidikan, kebudayaan dan saintifik akan dapat diputuskan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat negara ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA TABIAT MEMBACA AKAN MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM KOTAK FIKIRAN ANDA.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...