Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Betul ke Mat Sabu dah hilang ingatan?

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Semakin hari semakin panas. Mat Sabu@Mat Sabun kepanasan bak cacing. Ekoran mengeluarkan kenyataan mengenai pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong, 49 laporan telah di terima oleh pihak Polis. Kenyataan itu mengemparkan masyarakat dan ia menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi bukit kepong.

Kini, Mat Sabu menafikan, dan menyalahkan media kerana menokok tambahkan kenyataan beliau. Ikuti cerita selanjutnya (dibawah) ini :

REAKSI Mohamad Sabu bahawa beliau tidak ingat apa yang diucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah sesuatu yang melucukan.

Mungkin Mat Sabu selalu tak ingat atau sengaja buat tak ingat kalau sesuatu peristiwa itu mempunyai angka 21. Sekadar ingatan, Mat Sabu pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Apa pun sesuatu yang malang bagi Pas kerana memiliki seorang Timbalan Presiden yang mudah lupa.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang dilihat jauh lebih hebat daripada ulama sehingga mampu menewaskan dua calon golongan berkenaan dalam pemilihan Pas lalu boleh tidak ingat apa yang dilafazkan.

Walaupun jawapan Mat Sabu itu adalah helah politik memandangkan isu beliau menyokong perjuangan komunis telah mendapat kecaman ramai tetapi bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut telah membuka pekung sendiri.

Ia kerana ini membuktikan bahawa selama ini apa pun Mat Sabu cakap ia bukanlah fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Sebagai 'ayam sabung' Pas, Mat Sabu sememangnya digunakan oleh parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu untuk menyerang UMNO.

Oleh itu Mat Sabu diberi 'lesen' penuh untuk bercakap apa sahaja di atas pentas ceramah asalkan ia memaki hamun UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin Pas lain tidak boleh berkata apa-apa termasuklah Dewan Ulama kerana Mat Sabu bukannya penceramah bebas parti itu tetapi Timbalan Presiden Pas yang dinobatkan oleh ahli-ahlinya.

Tambahan pula Mat Sabu telah dianggap oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai barisan pilihan raya - maknanya Mat Sabu juga harapan besar parti itu.

Berikutan keadaan itu, tak kanlah ada mana-mana pemimpin Pas yang berani hendak menegur Mat Sabu, apatah lagi kenyataan Mat Sabu itu menguntungkan Pas kerana ia menunjukkan keterbukaan parti berkenaan.

Lagi pun Mat Sabu hanya membantu Pas untuk meraih undi daripada bukan Melayu, justeru kalau lepas ni Mat Sabu hendak bercakap apa pun terserah kepada beliau, apabila ia mencetuskan kontroversi, Timbalan Presiden Pas itu boleh beri alasan, ''Saya tak ingat''.

~ Biasalah, pemimpin-pemimpin Pas akan menyalahkan pihak media atau Umno apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan baik di akhbar atau semasa mereka berceramah. Apa yang mereka luahkan, akan di nafikan, dan mereka akan menyalahkan pihak lain. Itulah perngai sebenar para pemimpin Pas. Mereka langsung tidak menampakan seperti seorang pemimpin yang alim, warak, sejajar dengan imej parti mereka, Pas, yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam. Kepada Mat Sabu, ibarat dia berak di tengah jalan, sudah mestinya dia tidak akan mengaku. Kepada Pihak Polis pula, terus jalankan siasatan, buat apa yang terbaik untuk negara kerana negara kita tidak memerlukan manusia yang bernama "Mat Sabu' untuk tinggal lebih lama di Malaysia ini. Dakwa dia, kalau didapati bersalah, humban atau kenakan dia tindakan di bawa Akta keselamatan dalam negeri (ISA). Saya yang benar : IBM ~

Monday, August 29, 2011

Bekas KPN 'Naik Angin', labelkan Mat Sabu sebagai pengganas..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mulaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Mat Sabu memang dah gila dan buta sejarah. Ekoran kenyataanya bahawa 'komunis' adalah wira negara. Ekoran dari itu, 23 laporan Polis telah dibuat. Dan, juga mendatangkan kemarahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan. Berikut, kenyataan beliau.....

Tan Sri Musa Hassan

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

~ Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabun itu, bukan sahaja mencetuskan kontrovesi, malah kata-kata itu boleh melukakan hati pihak tertentu khususnya anggota keselamatan yang berjuang untuk kemerdekaan sebelum ini. Dengan itu, saya setuju dengan apa yang di sarankan oleh bekas KPN supaya Mat Sabu dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana Mat Sabu ada mempunyai ciri-ciri perjuangan komunis dalam dirinya. IBM beranggapan bahawa Mat Sabu adalah seorang Komunis di era modern. Dan....IBM juga merasakan ada dalang di sebalik kontrovesi ini. Siapa Ya?...kita tungguuuuuuu. Biar pihak yang berwajib mencari jawapannya. Insyallah Mat Sabu akan di sabunkan oleh sabun mandinya. Ikhlas dari : IBM ~

Tuesday, July 12, 2011

Hadi Dan Mat Sabu Ada Potensi Jadi Juara Maharaja Lawak Musim Kedua

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Haha..memang ada bakat pun. Nampaknya susahlah bakat-bakat lawak yang lain nak cari makan. Depa ni ada skrip yang bagus-bagus untuk di bawa ke pertandingan Juara Maharaja lawak. Granti depa menang.


[Selain daripada kumpulan yang menyertai program huburan Maharaja Lawak yang berjaya menjadi bahan ketawa untuk rakyat di negara ini, ternyata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mat Sabu adalah individu yang mampu memberi saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan lawak terbabit.

Apa tidaknya Presiden Pas semalam menafikan sekeras-keranya bahawa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu bukan anjuran parti politik.

Kenyataan Hadi ini sememangnya lawak yang membuat majoriti rakyat ketawa sampai terguling-guling.

Semua dapat saksikan berapa ramai pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram tersebut. Rakyat juga tertanya-tanya berapa ramai ahli NGO yang turut serta berbanding penyokong pembangkang terutama yang berketayap putih.

Bak kata Usop Wilcha dalam filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah”… “nampak bebenor menipunyer”.

Sementara itu, bagi Timbalan Presiden Pas pula, Mat Sabu beliau layak dianugerahkan manusia paling handal di negara ini. Apa tidaknya apabila dia mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih kelmarin.

Lagi sekali majoriti rakyat ketawa terguling-guling. Punyalah handal Mat Sabu kena langgar dengan trak polis hanya cedera ringan saja. Sedangkan kalau kita terlanggar kucing pun silap-silap boleh patah kaki tapi Mat Sabu kena langgar trak tapi tergeliat sikit saja.

Kedua-dua pemimpin ini ternyata mempunyai tahap lawak yang sukar ditandingi baik kumpulan lawak Jozan, Sepah mahupun kumpulan Jambu.

Mungkin selepas ini rakyat ternanti kedua-dua pemimpin terbabit bergabung menyertai program Maharaja Lawak musim baru akan datang.

Justeru selepas ini jika mereka berdua membentuk kumpulan apalah agaknya nama yang sesuai buat kumpulan mereka berdua.

Ada dua nama yang dirasakan agak sesuai buat kumpulan ini yang pertama “Kumpulan Hadi 121″ dan kedua “Kumpulan Boroi”.]

MELIHATKAN BAKAT TERPENDAM DUA EKOR NI, PAS MUNGKIN AKAN MEMBUKA SIARAN TV KHAS UNTUK ORANG-ORANG PAS SAHAJA. SEBENARNYA RAMAI PAK LAWAK DI DALAM PAS NI. - IBM




Sunday, July 10, 2011

Kelakar!! Mat Sabu@Mat Sabun Jatuh Motor...

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Aduhai, kesian Mat Sabu. Kakinya patah, lutut kanannya cedera teruk. Ini katanya, gara-gara dilanggar oleh kereta Peronda Polis ketika dia membonceng motosikal ketika ke Masjid Negara untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bersih 2.0 (Haram) itu.

Persolannya, betul ke pihak Polis berkelakuan sekejam itu? atau dia yang jatuh sendiri bila melihat Polis datang ke arahnya. Terkejut beruklah katakan. Mat Sabu ni bukannya berani pun, pengecut orangnya. Cakap je bergegar bagai nak rak.

Inilah 'wajah kesayangan hamba' abang Mat Sabun, kata Normah

Inilah agaknya Motor yang Mat Sabu bonceng tu kot. Alahai !

Oleh itu, Mat Sabu memerlukan 'Tongkat' untuk berjalan. Kesiannya dia.

BIASA LE TU. ITU SATU SENDIWARA YANG SENGAJA DILAKUNKAN OLEH MAT SABU BAGI MENARIK PERHATIAN ORANG RAMAI DAN MUNGKIN JUGA MEDIA-MEDIA. KEPALA OTAK PEMBANGKANG NI MEMANG KUNING, MACAM BAJU YANG MEREKA PAKAI TU. HAMPEHHH!! - IBM

Wednesday, July 6, 2011

PAS ajak Najib berdemo bersama mereka..?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

I dah halau mereka ke dalam Stadium. U all standby je - Najib

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membenarkan Himpunan Bersih 2.0 berhimpun (Demo) di dalam Stadium, Pembangkang dengan mulut yang manis menjemput Datuk Seri Najib hadir bersama di perhimpunan tersebut.

Mat Sabu@Mat Sabun (Gambar), selaku Timbalan Presiden Pas benar-benar menghargai agar Perdana Menteri hadir dan mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang akan di bangkitkan oleh Bersih yang kononnya mewakali lebih 60 NGO. Podahhhh !!!

Perdana Menteri dijemput sebagai penonton dan bukan di jemput merasmikan himpunan Bersih 2.0. Pihak Penganjur juga mahu supaya Datuk Seri Najib berpakaian kuning seperti mereka. Ini ugutan ke apa ?..siapa Mat Sabu nak mengarahkan Perdana Menteri supaya berbuat sedemikian rupa? Hilang akal ke apa Mat Sabun ni?

Seronok sangat la tu Berdemo macam beruk. Inilah yang mereka mahu !

Kesimpulannya, Pembangkang dan penganjur Bersih amat merasa kecewa. Pentadbiran Datuk Seri Najib masih belum dapat mereka tumbangkan, masih kukuh malah bertambah kukuh, rakyat jelata menyokong dan bersama-sama di belakang Datuk Seri. Tuhan masih sayangkan Barisan Nasional, kerana BN lah yang terbaik untuk rakyat. - IBM

Sunday, July 3, 2011

Mat Sabu @Mat Sabun sanggup kena tahan demi Ambiga@Normah dan si Anu tu..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Masihkah kau ingat wahai Mat Sabu@Mat Sabun ?

Membujur lalu melintang patah. Begitulah kata-kata dan semangat si Mat Sabu, wira Pas yang di agung-agungkan oleh pengikut-pengikut Pas. Baginya, biarpun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pemimpin Pas itu tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dan begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurut Mat Sabu Pas menyertai perhimpunan Bersih 2.o hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk mengugat kestabilan negara. Betul ke Mat Sabu ?..kalau betul kenapa sampai nak berdemo?..kan kerja sia-sia namanya tu. Atau....ada masukkkkk. Duit...duit..siapa tak nak duit kan. Orang Pas tak nak duit ke?

Pagi tadi IBM terserempak rakan-rakan lama yang sama-sama berjuang dalam UMNO dulu, tapi mereka telah menyertai PKR. Sempat juga bersembang dengan mereka. Terkejut juga IBM bila mereka kata, mereka tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan kerana merea tidak bersetuju dengan cara yang sebegini. Mereka sudah mula sedar akan perjuangan dan janji-janji kosong PKR.

Tapi...mereka segan untuk berterus terang. Dari wajah dan raut muka mereka menampakkan kekeciwaan dengan sikap para pemimpin mereka. Mereka juga hairan, kenapa kita harus tunduk dan turut kepada perintah pemimpin yang bukan dari kalangan bangsa kita sendiri ?
Amiga ?..siapa Amiga ?..tanya mereka.

Moga mereka-mereka tu akan insaf dan kembali kepangkal jalan dan insyallah IBM akan cuba mendekati mereka memujuk supaya mereka kembali menyertai UMNO/BN. Insyallah. - IBM

Wednesday, June 15, 2011

Ego Mat Sabun tinggi, makin menjadi-jadi...

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Mat Sabu @ Mat Sabun tidak akan berubah. Sejak menang Timbalan Presiden di dalam pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini, egonya bertambah tinggi. Dendamnya terhadap UMNO menjadi-jadi.

Beliau bertekad Pas tidak sekali-kali akan berkerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu. Katanya, beliau tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan apabila mereka berjaya, Pas ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

Menurutnya, pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan Pas...apabila dihulur tangan, beliau akan tampar tangan pemimpin UMNO. Beliau lebih rela berjabat tangan dengan bangsa lain, terutamanya cina-cina DAP. Jesteru itu, bagi pandangan saya, cara mana, dalil mana yang mengatakan Mat Sabu mahu berubah ?. Saya berkeyakinan penuh, dia tidak akan berubah selama-lamanya. Mat Sabu akan terus memaki hamun, menfitnah bila dia berceramah. Itulah kelebihan Mat Sabu yang di beri oleh Allah s.w.t. Moga Allah memberi hidayah kepada Mat Sabu. Amin..!

Monday, June 13, 2011

Mat Sabu kena tembak, betul ke ni atau salah baca ??

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Fitnah seks: Musuh sengaja tembak peluru busuk, kata isteri Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 13 Jun — Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak “luar” membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini.

“Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata,” kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini.

Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad (gambar)yang mesra dikenali “Mat Sabu”, Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu “sengaja menembak peluru busuk.”

“Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik.

“Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya,” kata beliau.

Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu.

Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah.

“Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan.

“Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu,” kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini.

Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.

“Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah.

“Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya,” kata beliau lagi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989.

Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih “panas” daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu.

Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.

“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya.

IBM : KEPADA ISTERI MAT SABU, JANGANLAH MELENTING DAN JANGAN MAIN TUDUH-TUDUH TANPA BUKTI. KAN SUAMI AWAK TU DARI ACUAN 'PEMFITNAH'. DULU SERANG ORANG TAK TENTU PASAL, MAKI HAMUN DAN MACAM-MACAM LAGI BILA BERCERAMAH. KALAU NAK DIKIRAKAN SUAMI AWAK TU BERNASIB BAIK. KES KHALWATNYA DI TUTUP OLEH ULAMA SEMAK NIK AZIZ.....TERIMALAH ADANYA....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...