Sunday, July 3, 2011

Mat Sabu @Mat Sabun sanggup kena tahan demi Ambiga@Normah dan si Anu tu..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Masihkah kau ingat wahai Mat Sabu@Mat Sabun ?

Membujur lalu melintang patah. Begitulah kata-kata dan semangat si Mat Sabu, wira Pas yang di agung-agungkan oleh pengikut-pengikut Pas. Baginya, biarpun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pemimpin Pas itu tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dan begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurut Mat Sabu Pas menyertai perhimpunan Bersih 2.o hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk mengugat kestabilan negara. Betul ke Mat Sabu ?..kalau betul kenapa sampai nak berdemo?..kan kerja sia-sia namanya tu. Atau....ada masukkkkk. Duit...duit..siapa tak nak duit kan. Orang Pas tak nak duit ke?

Pagi tadi IBM terserempak rakan-rakan lama yang sama-sama berjuang dalam UMNO dulu, tapi mereka telah menyertai PKR. Sempat juga bersembang dengan mereka. Terkejut juga IBM bila mereka kata, mereka tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan kerana merea tidak bersetuju dengan cara yang sebegini. Mereka sudah mula sedar akan perjuangan dan janji-janji kosong PKR.

Tapi...mereka segan untuk berterus terang. Dari wajah dan raut muka mereka menampakkan kekeciwaan dengan sikap para pemimpin mereka. Mereka juga hairan, kenapa kita harus tunduk dan turut kepada perintah pemimpin yang bukan dari kalangan bangsa kita sendiri ?
Amiga ?..siapa Amiga ?..tanya mereka.

Moga mereka-mereka tu akan insaf dan kembali kepangkal jalan dan insyallah IBM akan cuba mendekati mereka memujuk supaya mereka kembali menyertai UMNO/BN. Insyallah. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...