Wednesday, June 15, 2011

Ego Mat Sabun tinggi, makin menjadi-jadi...

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Mat Sabu @ Mat Sabun tidak akan berubah. Sejak menang Timbalan Presiden di dalam pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini, egonya bertambah tinggi. Dendamnya terhadap UMNO menjadi-jadi.

Beliau bertekad Pas tidak sekali-kali akan berkerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu. Katanya, beliau tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan apabila mereka berjaya, Pas ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

Menurutnya, pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan Pas...apabila dihulur tangan, beliau akan tampar tangan pemimpin UMNO. Beliau lebih rela berjabat tangan dengan bangsa lain, terutamanya cina-cina DAP. Jesteru itu, bagi pandangan saya, cara mana, dalil mana yang mengatakan Mat Sabu mahu berubah ?. Saya berkeyakinan penuh, dia tidak akan berubah selama-lamanya. Mat Sabu akan terus memaki hamun, menfitnah bila dia berceramah. Itulah kelebihan Mat Sabu yang di beri oleh Allah s.w.t. Moga Allah memberi hidayah kepada Mat Sabu. Amin..!
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...