Wednesday, August 31, 2011

Betul ke Mat Sabu dah hilang ingatan?

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Semakin hari semakin panas. Mat Sabu@Mat Sabun kepanasan bak cacing. Ekoran mengeluarkan kenyataan mengenai pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong, 49 laporan telah di terima oleh pihak Polis. Kenyataan itu mengemparkan masyarakat dan ia menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi bukit kepong.

Kini, Mat Sabu menafikan, dan menyalahkan media kerana menokok tambahkan kenyataan beliau. Ikuti cerita selanjutnya (dibawah) ini :

REAKSI Mohamad Sabu bahawa beliau tidak ingat apa yang diucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah sesuatu yang melucukan.

Mungkin Mat Sabu selalu tak ingat atau sengaja buat tak ingat kalau sesuatu peristiwa itu mempunyai angka 21. Sekadar ingatan, Mat Sabu pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Apa pun sesuatu yang malang bagi Pas kerana memiliki seorang Timbalan Presiden yang mudah lupa.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang dilihat jauh lebih hebat daripada ulama sehingga mampu menewaskan dua calon golongan berkenaan dalam pemilihan Pas lalu boleh tidak ingat apa yang dilafazkan.

Walaupun jawapan Mat Sabu itu adalah helah politik memandangkan isu beliau menyokong perjuangan komunis telah mendapat kecaman ramai tetapi bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut telah membuka pekung sendiri.

Ia kerana ini membuktikan bahawa selama ini apa pun Mat Sabu cakap ia bukanlah fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Sebagai 'ayam sabung' Pas, Mat Sabu sememangnya digunakan oleh parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu untuk menyerang UMNO.

Oleh itu Mat Sabu diberi 'lesen' penuh untuk bercakap apa sahaja di atas pentas ceramah asalkan ia memaki hamun UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin Pas lain tidak boleh berkata apa-apa termasuklah Dewan Ulama kerana Mat Sabu bukannya penceramah bebas parti itu tetapi Timbalan Presiden Pas yang dinobatkan oleh ahli-ahlinya.

Tambahan pula Mat Sabu telah dianggap oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai barisan pilihan raya - maknanya Mat Sabu juga harapan besar parti itu.

Berikutan keadaan itu, tak kanlah ada mana-mana pemimpin Pas yang berani hendak menegur Mat Sabu, apatah lagi kenyataan Mat Sabu itu menguntungkan Pas kerana ia menunjukkan keterbukaan parti berkenaan.

Lagi pun Mat Sabu hanya membantu Pas untuk meraih undi daripada bukan Melayu, justeru kalau lepas ni Mat Sabu hendak bercakap apa pun terserah kepada beliau, apabila ia mencetuskan kontroversi, Timbalan Presiden Pas itu boleh beri alasan, ''Saya tak ingat''.

~ Biasalah, pemimpin-pemimpin Pas akan menyalahkan pihak media atau Umno apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan baik di akhbar atau semasa mereka berceramah. Apa yang mereka luahkan, akan di nafikan, dan mereka akan menyalahkan pihak lain. Itulah perngai sebenar para pemimpin Pas. Mereka langsung tidak menampakan seperti seorang pemimpin yang alim, warak, sejajar dengan imej parti mereka, Pas, yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam. Kepada Mat Sabu, ibarat dia berak di tengah jalan, sudah mestinya dia tidak akan mengaku. Kepada Pihak Polis pula, terus jalankan siasatan, buat apa yang terbaik untuk negara kerana negara kita tidak memerlukan manusia yang bernama "Mat Sabu' untuk tinggal lebih lama di Malaysia ini. Dakwa dia, kalau didapati bersalah, humban atau kenakan dia tindakan di bawa Akta keselamatan dalam negeri (ISA). Saya yang benar : IBM ~

2 comments:

  1. Milo suam kata berita harian senada ngan mat sabu. Kunjungi http://akaknilai.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. akaknilai...

    Salam Aidilfitri salam kemerdekaan. Terima kasih. Insyallah akan berkunjung ke blog akaknilai.....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...