Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Nasihat Najib kepada UMNO BHG : Jaga 'rumah tangga'

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Nasihat demi nasihat telah di beri kepada semua UMNO Bahagian di seluruh negara agar membuat perubahan demi untuk menambat kembali keyakinan masyarakat melayu terhadap UMNO. Perkara telah di bangkitkan oleh berulang-ulang kali oleh YAB Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Apatah lagi Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Maka, perlunya jentera parti di perkuatkan, dan tidak ada lagi jalan mudah untuk UMNO merasakan selesa untuk berentap di PRU ke 13 nanti. Rakyat sudah matang. Mereka sudah bijak untuk memilih calon mereka. Semuanya ini harus di ambil kira oleh UMNO sekiranya ingin menang di PRU ke 13 kelak.

Kerunsingan inilah yang membuat Presiden Parti membuat 'Road Show' atau turun padang, iaitu program pemimpin bersama rakyat. Jesteru itu, beliau menyeru kepada semua ahli parti supaya berganding bahu, matapkan barisan, jagalah 'rumah tangga' tu elok-elok dan berubahlah sebelum kita rebah. Kepada ketua-ketua Bhg, jaga-jagalah anak-anak buah (AJK) dan ahli-ahli. Mereka-mereka ini adalah nadi kepada parti. Keraplah turun padang, intai-intai apa keperluan yang mereka mahu, bantu-bantulah mereka, jangan ketika PRU sahaja. Saya yakin kita, UMNO boleh. Ikhlas dari : IBM

Kukuhkan perpaduan UMNO

[PUTRAJAYA 9 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang, “Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini,

Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan UMNO dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.

“Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang,” katanya.

Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.

“Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan terhadap kita, di peringkat akar umbi, UMNO tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih UMNO sebagai parti yang memerintah negara kita,” katanya.

Najib berkata, kebelakangan ini, pembangkang banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.

“Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara selama ini,” katanya. – Bernama]

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Insyallah, jika dipanjangkan umur, hari Isnin ini bermulalah kita semua umat Islam menjalankan ibadah Puasa iaitu rukun Islam ke 4. Kepada semua rakan-rakan dan pengemar blog, di ucapkan selamat berpuasa dan kepada rakan-rakan blogger yang dihormati sekelian teruskan menulis tapi biarlah penulisan yang berhemah bagi menghormati bulan Puasa ini. Kurangkan mencarut, nanti kurang pulak pahala puasa tu. Hehehehe..kan apa, cuma ingat-mengingat antara kita sesama manusia. Ikhlas dari : IBM

Sunday, July 17, 2011

Polis kata boleh pakai, tapi kuning yang tanpa logo BERSIH

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Tiada larangan dikenakan kepada rakyat negara ini dari memakai baju berwarna KUNING. Kita semua bebas kemana-mana berpakaian kuning. Tiada sekatan, tiada tangkapan oleh pihak Polis. Pakailah. Tapi dengan syarat, tiada logo BERSIH yang dipamirkan. Kalau ada, kalau anda semua berdegil, Polis tidak teragak-agak menahan anda semua. Kalau anda semua tidak puas hati, tanya sendiri sama PDRM, bukan IBM kata, tapi Polis kata - IBM.

Hah, yang macam ini boleh, dibenarkan!


[KUALA LUMPUR 17 Julai - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.]
Tersenyum lebar Timbalan Ketua Polis Negara kita. Ada apa-apa ke?


Sunday, July 3, 2011

Bukan seorang, tapi ribuan ahli Pas menyertai UMNO. tak percaya??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

PASIR PUTEH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya yang disambut dengan sorakan para hadirin.

beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah" iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Bekas-bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA

NAK DENGAR KOMEN DARI TOK GURU NIK AZIZ DAN NIK ABDUH. APA MEREKA NAK KATA. ADAKAH SURAT KHABAR SALAH CETAK ATAU MEDIA SENGAJA MENGADA-ADAKAN PERKARA YANG TAK BENAR? JAWAB TOK GURU JAWAB, JANGAN TAK JAWAB. SUKA DENGAR NIK AZIZ KATA, CELAKO, CELAKO, CELAKO - IBM

Saturday, June 25, 2011

99.9 peratus serupa Anwar, memang Anwar, wajib letak jawatan

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


- Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatan selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip vodeo seks yang ditayangkan oleh Trio Datuk 'T' menyerupai Ketua Pembangkang itu. Pakat dari Amerika Syarikat itu juga menyatakan tidak ada sebarang 'tempeling' (diubah-ubah) serta 'superimpose' ( imej ditindih).

Oleh itu, saya dan ramai berpendapat, Datuk Seri Anwar wajib letak jawatan. Jangan lagi nak berdolak-dalik, putar-belit dan cuba berbohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan seperti sebagai Ahli Parlimen Pematang Pauh, Ketua Pembangkang, Ketua Umum dan Penasihat PKT, juga jangan lupa Penasihat ekonomi Selangor.

Semalam, Trio Datuk 'T' telah di jatuhkan hukuman oleh Mahkamah di atas kesalahan menyebar video seks ketua Pembangkang tersebut dan di denda. Mereka semua mengaku bersalah. Kini, timbul persoalan dari orang ramai, begitu juga saya. Bila pula pihak Mahkamah akan mendakwa Datuk Seri Anwar setelah mendapati pelaku di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, dan di Mahkamah manakah beliau akan di dakwa..?

DATUK JOHARI TAK PERCAYA BAHAWA PELAKUNYA ANWAR

- Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul (gambar), bermati-matian menyangkal bahawa pelaku di dalam klip video seks itu bukan Datuk Seri Anwar. Semalam video tersebut telah ditayangkan di Ibu Pejabat PKR.

Kata beliau, masih ragu-ragu mengenai bayang-bayang, alat kawalan jauh dan tisu dalam adegan video tersebut.

P/S. Kita tunggu perkembangan selanjutnya....tungguuuuuuuuu..!

Friday, December 3, 2010

Hilang Keyakinan Pada Anwar Punca Zaharin Keluar PKR

Datuk Seri Zaharin bersama kepimpinan (Dato' Ikhwan Salim, baju gelap) UMNO Bhg PJU


Diantara ahli-ahli yang hadir, termasuk Ketua Puteri PJU (tengah).



Begitu asyik mereka mendengar ceramah Datuk Seri Zaharin

Datuk Seri Zaharin sedang menyampaikan ceremah beliau.

Ceramah Isu Semasa Bersama Datuk Seri Zaharin Hashim Di Petaling Jaya Utara Edisi Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE)

PETALING JAYA UTARA - Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan UMNO Bahagia Petaling Jaya Utara kerana menjemput beliau untuk memberi ceramah (penerangan) isu semasa berkaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjurus kepada perletakan jawatan beliau di dalam parti PKR dan seterusnya keluar parti.
Antara sebab-sebab beliau keluar parti :

Keputusan itu adalah kemuncak krisisnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya cauvinis dan berfikiran komunis.

Guan Eng pula telah menafikan dakwaanya Zahrain.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula backing Ketua Menteri itu.Zahrain telah diarah mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 Zahrain menewaskan calon BN-MCA Ooi Siew Kim dengan majoriti undi 11,029 undi.Beliau dapat 27,618 undi manakala Ooi 16,589.Zahrain ialah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang sebelum digantikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman.

Di Pulau Pinang dari 13 kerusi parlimen ,Pakatan pembangkang menang 11 kerusi.Dua kerusi yang dimenangi BN ialah Kepala batas dan Tasek Gelugor.

Dalam sidang akhbar berkenaan,Zahrain mempertahankan dakwaannya terhadap Guan Eng.

"Amalan Guan Eng dan konco-konconya, bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerim teguran dan kritikan, malahan mereka menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik sempit DAN agenda jahat mereka," katanya.

Beliau juga menegaskan sudah hilang kepercayaan pada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sudah mengenali mantan timbalan perdana menteri itu secara peribadi lebih 30 tahun.

Menurutnya PKR sendiri sudah tidak lagi memperjuangkan ' reformasi ' sebenar yang dicanangkannya.

"Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

"Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya.

Katanya beliau juga sudah hilang keyakinan pada perjuangan pakatan pembangkang.

Zahrain mendakwa pakatan pembangkang tidak akan bertahan lama.

Katanya beliau tidak mahu jadi sebahagian dari kumpulan yang memusnahkan negara,bangsa dan agama.

Dakwanya orang macam Guan Englah yang akan memusnahkan pakatan.

Zahrain berkata terpulang kepada ahli parlimen lain untuk membuat keputusan keluar PKR jika tidak lagi berpuashati dalam pakatan rakyat.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman mengenai tindakan keluar parti terpaksa mengalah soalan demi soalan yang diajukan lebih 40 petugas media yang hadir.

Malah ketika seorang wartawan bertanya tidakkah tindakan itu 'lompat parti', Zahrain secara sinis berkata, "16 September itu apa ?".

Beliau merujuk rancangan Anwar menawan Putrajaya melalui pintu belakang dengan berusaha membeli 30 wakil rakyat BN.

"Saya sendiri masa itu percaya satu perubahan besar akan berlaku," katanya.

Rupa-rupanya Anwar adalah seorang kaki temberang, pembohong dan licik orangnya. Anwar, katanya memang bahaya kepada orang-orang Melayu dan negara. Segala keyakinan beliau kepada Anwar selama ini berakhir dengan tingkah laku Anwar terlalu mementingkan diri sendiri. kononnya, baru-baru ini isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah mengatakan 'Anwar anugerah tuhan'.

Zahrain juga menjelaskan, beliau tak mahu pening kepala terus kekal dalam PKR tiada demokrasi dalam parti itu apabila tiada lagi hak bersuara malah kritikan dan teguran beliau dibalas serangan dengan tidak tentu hala.

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO supaya bersatu, perjuangankan hak-hak orang-orang Melayu yang mana kini kian terhakis disebabkan oleh perbuataan Anwar yang mempermainkan isu 'Ketuanan Melayu'. Insyallah, katanya jika Melayu UMNO bersatu, di PRU yang akan datang UMNO/BN akan mendapat kemenangan yang besar.


# IBM : Memang berpuas hati segala apa yang di sampaikan oleh Datuk Seri Zaharin. Walaupun menjadi ahli Parlimen bebas, tapi beliau berjanji akan tetap kehadapan mempertahankan hak-hak dan nasib orang-orang melayu, khususnya di Parlimen beliau. Menjadi ahli Parlimen bebas, ada kebaikannya. Dia bebas bergaul dgn rakan-rakan dari PKR, PAS yang kecewa dan menasihati mereka supaya meninggalkan parti mereka. Jadi penghasut, katanya berseloroh......






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...