Sunday, July 3, 2011

Bukan seorang, tapi ribuan ahli Pas menyertai UMNO. tak percaya??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

PASIR PUTEH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya yang disambut dengan sorakan para hadirin.

beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah" iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Bekas-bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA

NAK DENGAR KOMEN DARI TOK GURU NIK AZIZ DAN NIK ABDUH. APA MEREKA NAK KATA. ADAKAH SURAT KHABAR SALAH CETAK ATAU MEDIA SENGAJA MENGADA-ADAKAN PERKARA YANG TAK BENAR? JAWAB TOK GURU JAWAB, JANGAN TAK JAWAB. SUKA DENGAR NIK AZIZ KATA, CELAKO, CELAKO, CELAKO - IBM

4 comments:

  1. Alhamdulillah, ramai yang dah sedar. Sama-sama kita berdoa semoga lebih ramai lagi yang sedar.

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Insyallah, mungkin ramai lagi rakyat Kelantan yg akan mengikut jejak langkah rakan2 mereka meninggalkan Pas dan menyertai UMNO....

    ReplyDelete
  3. yeah..,,tumbangkan Kelantan plak..,bagi UMNO terajui Kelantan..,,ayo rakyat kelantan..,,mahu perubahan semua terletak pada rakyat kelantan sendiri..,,

    ReplyDelete
  4. Salam zizie :
    Insyallah bro. atas dasar berkerja kuat, Kelantan akan kita rampas kembali dari Pas. 21 tahun..dah terlalu lama tu. Nik Aziz pun dh nyanyuk. Memang rakyat Kelantan memberi isyarat mereka mahukan perubahan.

    Apapun UMNO jgn terlalu confident....berusaha lebih kuat lagi....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...