Wednesday, August 10, 2011

Nasihat Najib kepada UMNO BHG : Jaga 'rumah tangga'

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Nasihat demi nasihat telah di beri kepada semua UMNO Bahagian di seluruh negara agar membuat perubahan demi untuk menambat kembali keyakinan masyarakat melayu terhadap UMNO. Perkara telah di bangkitkan oleh berulang-ulang kali oleh YAB Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Apatah lagi Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Maka, perlunya jentera parti di perkuatkan, dan tidak ada lagi jalan mudah untuk UMNO merasakan selesa untuk berentap di PRU ke 13 nanti. Rakyat sudah matang. Mereka sudah bijak untuk memilih calon mereka. Semuanya ini harus di ambil kira oleh UMNO sekiranya ingin menang di PRU ke 13 kelak.

Kerunsingan inilah yang membuat Presiden Parti membuat 'Road Show' atau turun padang, iaitu program pemimpin bersama rakyat. Jesteru itu, beliau menyeru kepada semua ahli parti supaya berganding bahu, matapkan barisan, jagalah 'rumah tangga' tu elok-elok dan berubahlah sebelum kita rebah. Kepada ketua-ketua Bhg, jaga-jagalah anak-anak buah (AJK) dan ahli-ahli. Mereka-mereka ini adalah nadi kepada parti. Keraplah turun padang, intai-intai apa keperluan yang mereka mahu, bantu-bantulah mereka, jangan ketika PRU sahaja. Saya yakin kita, UMNO boleh. Ikhlas dari : IBM

Kukuhkan perpaduan UMNO

[PUTRAJAYA 9 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota UMNO untuk mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang, “Jadi, pupuklah perpaduan ini, jika tidak ada apa-apa yang tidak kena, cuba betulkan. Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian. Jika berbuat demikian, pasti mengundang bencana kepada parti,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama sahabat beliau di Seri Perdana, di sini,

Kira-kira 1,200 tetamu hadir malam ini. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, selain itu, salah satu faktor penting sekali ialah mendekatkan diri dengan rakyat, dan UMNO dan Barisan Nasional mesti dilihat dan diterima sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya faktor ketiga, anggota parti perlu mengutamakan kepentingan parti dalam proses pembaharuan dan transformasi politik yang sedang diperjuangkan dan salah satu tonggak kepada transformasi tersebut ialah mengetengahkan calon-calon yang boleh menang.

“Bagaimana nak menentukan siapa calon berkenaan, biarlah pada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang dianggap calon yang boleh menang,” katanya.

Beliau berkata, jika konsep itu diterima, tidak ada kerusi yang akan terkorban semata-mata kerana tidak meletakkan calon yang paling layak.

“Jika dapat terima beberapa panduan ini, saya percaya apa jua yang dilakukan terhadap kita, di peringkat akar umbi, UMNO tetap memainkan peranan utama supaya rakyat akan lebih serasi memilih UMNO sebagai parti yang memerintah negara kita,” katanya.

Najib berkata, kebelakangan ini, pembangkang banyak lakonan dan sandiwaranya yang boleh dimaklumkan kepada rakyat yang antara mereka boleh dicalonkan sebagai pelakon terbaik dan wujud ketidakserasian di antara satu sama lain.

“Tidak perlu mengatakan negara berkebajikan kerana kitalah juara selama ini,” katanya. – Bernama]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...