





| RAKYAT SABAH MENERIMA SIJIL AMANAH SABAH DAN DIVIDEN TARIKH PERISTIWA : 27.07.1971 |
Pada hari ini 27.7.1971, Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah mengumumkan pembahagian Sijil Amanah Saham dan dividen sebanyak RM 50.00 kepada pemegang-pemegang saham. Sijil-sijil ini akan dibahagikan melalui Yayasan Sabah Amanah Tun Datu Hj. Mustapha bermula 30 Ogos 1971. Pembahagian dividen dalam bentuk wang tunai itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 9 juta kepada 181,348 orang ahli yang layak. Urusan pembahagian akan dikendalikan oleh 21 buah pasukan bertugas yang melibatkan 322 pusat seluruh negeri. Proses ini dijangka mengambil masa selama 45 hari. Sebanyak 200,000 poster, risalah, buku kecil dan jadual pembahagian telah diadakan untuk makluman kepada orang ramai di seluruh negeri Sabah. Menurut Pengerusi Yayasan Sabah skim yang buat pertama kali dilancarkan ini amat istimewa kerana rakyat secara langsung dapat menikmati hasil kekayaan balak dan perusahaan lain di Sabah. Ketua menteri juga menyeru ahli-ahli Dewan undangan Negeri, Ketua-ketua Kampung, Pegawai-pegawai Kerajaan terutama Pegawai Daerah dapat memberikan kerjasama bagi memastikan kerja-kerja pembahagian dividen dan sijil amanah ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Tujuannya juga supaya seluruh rakyat dapat turut merasai hasil kekayaan negeri Sabah. |






"Dalam perkara ini, kepercayaan rakyat kepada SPRM harus ada, kredibiliti SPRM juga jangan dipertikai. Tak kan marahkan nyamuk kelambu dibakar. SPRM tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini.
"Tetapi, jika ada pegawai SPRM yang terlibat, yang melanggar peraturan penyiasatan yang ditentukan, maka tindakan harus dikenakan ke atas pegawai berkenaan,"
Tangan saya ni dah letih menaip, mengantuk, semalam tak cukup tido. Kalau rajin bacalah, belum habis lagi.. KLIK DISINI.


| PULAU TIGA DI ISTIHARKAN SEBAGAI TAMAN NEGARA DI SABAH TARIKH PERISTIWA : 26.07.1978 |
Pada hari ini 26.7.1978, Pulau Tiga telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri Sabah sebagai Taman Negara Yang keempat di Sabah. Taman Negara Pulau Tiga yang terletak di Teluk Kimanis di Laut Cina Selatan ini, meliputi kawasan seluas 15,863.85 hektar di mana 607.035 hektar meliputi kawasan tanah daratan Pulau tiga, Pulau Kalampunian Damit dan Pulau Kalumpunian Besar. Kawasan selebihnya, iaitu kira-kira 15,256.813 hektar meliputi kawasan perairan dan terumbu karang di sekeliling pulau tersebut.
Diharap dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Taman Negara tersebut seperti kawasan untuk berenang, berperahu, memancing, mengembara, berkelah dan mengkaji tumbuhan-tumbuhan, akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini, di samping menikmati keindahan alam semulajadinya. |
