Wednesday, July 27, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

27 Julai

Tun Datu Hj Mustafa bin Datu Harun (Allahyarham)

HARI INI DALAM SEJARAH :

RAKYAT SABAH MENERIMA SIJIL AMANAH SABAH DAN DIVIDEN

TARIKH PERISTIWA : 27.07.1971

Pada hari ini 27.7.1971, Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah mengumumkan pembahagian Sijil Amanah Saham dan dividen sebanyak RM 50.00 kepada pemegang-pemegang saham. Sijil-sijil ini akan dibahagikan melalui Yayasan Sabah Amanah Tun Datu Hj. Mustapha bermula 30 Ogos 1971. Pembahagian dividen dalam bentuk wang tunai itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 9 juta kepada 181,348 orang ahli yang layak. Urusan pembahagian akan dikendalikan oleh 21 buah pasukan bertugas yang melibatkan 322 pusat seluruh negeri. Proses ini dijangka mengambil masa selama 45 hari. Sebanyak 200,000 poster, risalah, buku kecil dan jadual pembahagian telah diadakan untuk makluman kepada orang ramai di seluruh negeri Sabah. Menurut Pengerusi Yayasan Sabah skim yang buat pertama kali dilancarkan ini amat istimewa kerana rakyat secara langsung dapat menikmati hasil kekayaan balak dan perusahaan lain di Sabah. Ketua menteri juga menyeru ahli-ahli Dewan undangan Negeri, Ketua-ketua Kampung, Pegawai-pegawai Kerajaan terutama Pegawai Daerah dapat memberikan kerjasama bagi memastikan kerja-kerja pembahagian dividen dan sijil amanah ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Tujuannya juga supaya seluruh rakyat dapat turut merasai hasil kekayaan negeri Sabah.

Allahyarham Tun Datu pandai bermain alat muzik seperti 'Biola'

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. SEMOGA APA YANG DIBACA BOLEH MENDATANGKAN MANAFAAT KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...