Tuesday, July 26, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah


[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

26 JULAI


HARI INI DALAM SEJARAH :

PULAU TIGA DI ISTIHARKAN SEBAGAI TAMAN NEGARA DI SABAH

TARIKH PERISTIWA : 26.07.1978

Pada hari ini 26.7.1978, Pulau Tiga telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri Sabah sebagai Taman Negara Yang keempat di Sabah. Taman Negara Pulau Tiga yang terletak di Teluk Kimanis di Laut Cina Selatan ini, meliputi kawasan seluas 15,863.85 hektar di mana 607.035 hektar meliputi kawasan tanah daratan Pulau tiga, Pulau Kalampunian Damit dan Pulau Kalumpunian Besar. Kawasan selebihnya, iaitu kira-kira 15,256.813 hektar meliputi kawasan perairan dan terumbu karang di sekeliling pulau tersebut.
Tujuan utama pengisytiharan taman negara ini ialah :-

  1. Melindungi dan memelihara kawasan hutan, tumbuh-tumbuhan pinggir laut, rumpai dan terumbu karang, ikan, lanar gunung berapi dan fauna di pulau ini dari tercemar.
  2. Membanyakkan lagi kawasan-kawasan rekreasi yang lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan untuk tujuan pelancongan.

Diharap dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Taman Negara tersebut seperti kawasan untuk berenang, berperahu, memancing, mengembara, berkelah dan mengkaji tumbuhan-tumbuhan, akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini, di samping menikmati keindahan alam semulajadinya.

Diwaktu pagi pandangannya sungguh indah dan nyaman

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. KEKALKAN BUDAYA MEMBACA SEBAGAI AMALAN HARIAN KITA. IKHLAS DARI : IBM
{SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...