KETELUSAN didalam pemilihan CEC DAP terus di pertikai oleh ahli akar umbinya. Mereka telah hilang keyakinan kepada pucuk kemimpinan parti yang mana tiada lagi ketelusan dalam perjuangan parti DAP itu sendiri. Kepincangan di dalam parti sudah nampak jelas. Maka, bolehkah suara akar umbi DAP ini diterima pakai oleh pucuk kepimpinan parti yang diterajui oleh 'Lim's Family'?
Walaupun ada suara-suara yang mendesak agar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pemilihan semula??IBM berani potong jari. Granti tak jadi punya. Dengan keegohan, angkuh dari golongan keluarga Lim ini, impian tersebut mustahil dapat dilaksanakan. IBM sempat ceduk sedikit cerita akan al-kesah DAP, parti 'rasis' ini, dan mengharapkan parti ala komunis ini tumbang di PRU ke-13 nanti. Insyalllah. Jom baca. ~ Ikhlas dari saya ~ IBM
DIPETIK DARI ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Ahli DAP akar umbi hari ini menggesa Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran terdapat kesilapan pengundian yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.
PETALING JAYA: Ahli DAP akar umbi hari ini menggesa Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran terdapat kesilapan pengundian yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.
Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany (gambar atas) berkata ianya penting bagi mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban CEC dalam mempamerkan imej yang amanah kepada ahli parti lain ekoran kesilapan itu.
"Ahli bawahan DAP merasakan sepatutnya mengadakan semula pemilihan CEC tersebut kerana ini akan menterjermahkan integriti dan keyakinan terhadap DAP yang merupakan adalah tulang belakang kepada Pakatan Rakyat.
"Sekiranya pemimpin atasan, merasakan Zairil Khir Johari yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Umno itu boleh dijadikan alat untuk memusnahkan Umno, kita boleh menggesa ahli dan delegasi untuk memilih beliau terus.

Pengumuman pembetulan keputusan CEC DAP baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan ekoran ia diubah selepas tiga minggu berlakunya pemilihan CEC di Pulau Pinang dan tidak dibuat dengan segera.
Guan Eng perlu jawab pelbagai persoalan
“Perkara pertama ialah mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak serta merta membuat semakan semula keputusan dan mengapa perlu tunggu hingga tiga minggu baru hendak mengumumkan pembetulan keputusan. Mengapa begitu lama mengambil masa untuk mengumumkan kesilapan tersebut?” soalnya.
Malah katanya, kini kekecapakan pengurusan parti itu menguruskan pemilihan undi dipersoalkan biarpun tidak melebihi daripada 3,000 ahli yang mengundi pada CEC itu tempoh hari.
“Persoalan seterusnya bagaimana Pengarah Pemilihan, Pooi Weng diberikan untuk menguruskan pemilihan CEC DAP yang dilihat begitu agresif dan bersaing kali ini dalam sejarah DAP yang sekaligus cermin kepada persiapan menghadapi pilihan raya dalam menuju ke Putrajaya?” katanya.
.jpg)
DAP kambing hitamkan ahli parti

Pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan ahli Melayu tersenarai sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih. Banyak pihak skeptikal terhadap pindaan keputusan itu kerana ia berlaku selepas kira-kira tiga minggu selepas pemilihan CEC yang diumumkan pada 15 Disember lalu memperlihatkan tiada wakil Melayu yang menang. Malah terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional melihat tindakan DAP meminda keputusan pemilihan CEC menunjukkan mereka tertekan dalam usaha membuktikan parti itu mengambilkira pendekatan pelbagai kaum.
Bukan itu sahaja, banyak pihak tampil dan melihat seolah-olah pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Guan Eng dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir. Sementara Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.
Bukan itu sahaja, banyak pihak tampil dan melihat seolah-olah pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Guan Eng dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir. Sementara Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.
~ INGAT KOMUNIS INGAT DAP ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA