Monday, January 14, 2013

EPL : Liverpool Tewas Bermaruah!!

                                                     
                                                   2                                            1

SEMBANG-SEMBANG BOLA :


WALAUPUN tewas, tapi Liverpool balik dengan bergaya, tewas, tapi bermaruah. MANCHESTER UNITED bernasib baik dapat mengutip 3 mata penuh. Kalau dilihat gol kedua MU, adalah gol offside, penjaga garisan memberi advantage dan membenarkan gol tersebut. Apabila babak kedua bermula, MU dilihat kelam-kabut, pertahanan mereka di ancam bertubi-tubi oleh Liverpool. Tapi sayang penyudah (penyerang) Liverpool pada hari itu tidak menjadi. Kepada peminat-peminat Liverpool, jangan gundah-gelana, kerana kita masih ada peluang untuk menebus kembali kekalahan team kita di perlawanan seterusnya di Anfield. IBM yakin, kali ini keputusan berpihak kepada kita Liverpool akan benam MU di Anfiled nanti. Walaupun MU mendahului liga dengan 10 mata, tapi, mereka tidak boleh berasa lega kerana musuh terdekat mereka Manchester City, terus memburu dan merapatkan jurang perbezaan mata. Masa masih panjang lagi. Kemungkinan apa-apa pun boleh berlaku. Pasukan underdog dan tercorot akan sentiasa mengintai peluang untuk menewaskan pasukan yang teratas atau pasukan pilihan. Kita lihat perkembangan seterusnya. 
Manchester City yang berada di tangga kedua dengan 45 mata akan bertemu Arsenal selepas ini dengan misi mahu mengutip tiga mata penuh bagi kekal merapatkan jurang mata. Tahniah kepada MU. Liverpool bermain baik di separuh masa kedua, tapi  nasib tidak menyebelahi The Reds. Teruskan perjuangan mu wahai The Reds  masa masih banyak lagi. Sekian dari peminat setia Liverpool ~ IBM
~ YOU'LL NEVER WALK ALONE ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...