MEMANG dah tiba masanya kita beramai-ramai turun padang, berdemo menentang pakatan pembangkang dari terus menghura-harakan negara. IBM di fahamkan seramai 150,000 ahli mewakali 40 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyatakan pendirian mereka menolak pakatan pembangkang yang disifatkan telah banyak merosakan rakyat dan negara kita ini.
Difahamkan, mereka turut menubuhkan sekretariat khas kempen "Jom Tolak Pakatan' secara besar-besaran bagi menyedarkan rakyat di negeri ini mengenai salah laku, penyelewengan, fitnah serta kegagalan pakatan pembangkang mentadbir Selangor hampir lima tahun lalu. Antara NGO yang terlibat mengangotai sekretarait tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Waris Malaya, Majlis Belia Selangor, Gagasan Anti Penyewelangan Selangor (GAPS), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Nambikai, Kelab Perpaduan Insan Selangor dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).
IBM rasa, mereka-mereka ini dah cukup kuat bagi menantang pakatan pembangkang dari terus menfitnah dan membuat negeri Selangor ini menjadi hura-hara. Mereka di beri mandat oleh rakyat untuk menerajui negeri ini selama hampir sepenggal, tapi...apa mereka buat?? Tiada langsung kebaikan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negeri Selangor, hanya, berpolitiking dan memecah belahkan masyarakat. Itu je le yang mereka mampu.
Oleh itu dah tiba masanya kita semua, khususnya rakyat di negeri Selangor ini bangkit untuk bersama-sama Barisan Nasional (BN) menumbangkan kerajaan pakatan yang sedia ada sekarang di PRU ke-13 nanti. Mereka wajib di tumbang, dan di singkirkan dari negeri Selangor ini. Untuk melihatkanya berjaya, marilah kita sama-sama berganding bahu, jom kita bersama kumpulan NGO ini untuk menjayakan kempen "Jom Tolak Pakatan". Sekian dari saya ~ IBM
IBM sempat memetik dari keratan sebuah akhbar akan kenyataan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir tentang bahayanya jika pakatan rakyat menang di PRU nanti (baca dibawah)
Begitu Juga Kenyataan dari bekas Naib Pengerusi DAP. Mari kita sama-sama baca dan renungkan :
Turut Sertai berkempen "Jom Tolak Pakatan" adalah sebuah NGO yang dikenali Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).
~ SAYANGI SELANGOR YAKINI BN ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA