Sunday, January 13, 2013

HKR #KL112 : Anwar Minta Tolong Dan Merayu Nak Jadi PM..Puuuiihh!!!


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT TERNYATA GAGAL

UCAPANYA berapi-berapi, bersemangat...tapi, ianya diibaratkan tin kosong, tiada isi, kalau ada isi pun dah expired, dan langsung tidak boleh dipakai. Itulah manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang berucap di 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' semalam di Stadium Merdeka. Siapa tak kenal dengan si nuar ni yang gilakan kuasa dan terlalu desprate untuk menjadi PERDANA MENTERI. Maka, merayu-merayulah si nuar ni kepada peserta yang hadir (rakyat). Katanya, berilah peluang pada Pakatan Rakyat menerajui negara pada pilihan raya (PRU) yang akan datang ini, dan biarlah dia jadi Perdana Menteri. Hehehe...kelakar betui si bahlol ni. Angan-angin Mat Jening.

Maka, banyaklah janji-janji yang ditaburkan. Antaranya harga minyak akan diturun, nasib rakyat dibela kerana kerjaaan sekarang ni zalim dan memerangi rasuah yang kononnya kerajaan yang ada sekarang ini terlalu rasuah. Aduhai, nuar...nuar. Apa ko ingat rakyat negara ni bodoh sangat ke? tu, yang hadir pada perhimpunan tu, bukannya semua datang dari Lembah Kelang, dari merata-rata tempat dan negeri, dan..belum tentu lagi mereka tu pengundi yang berdaftar. Mereka datang hanya di arah datang. Mereka tak tahu apa-apa pun.
Dalam ucapan beliau juga ada menyentuh bahawa perhimpunan Agung Umno yang lalu adalah perhimpunan yang terakhir kerana dia (Anwar) yakin da percaya Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk kerajaan yang ada sekarang ini. Maknanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan di tolak oleh rakyat di PRU ke-13 nanti. Jangan mimpi le ko nuar. Dan, bagi pandangan IBM pulak, mungkin rakan-rakan yang lain setuju, sebenarnya, perhimpunan yang mereka adalah semalam tu adalah perhimpunan pakatan haram rakyat yang terakhir, dan itu adalah amanat (ucapan) Anuar Ibrahim yang terakhir.

IBM percaya, rakyat bersama-sama dengan BN, dan rakyat akan menghukum mereka (PR) di PRU ke-13 nanti.  Bagaimanpun IBM nak ucapakan setinggi tahniah kepada pakatan haram pembangkang kerana GAGAL di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalam.  Moga rakyat sedar betapa sia-sianya mereka hadir pada perhimpunan tersebut dan moga rakyat buka minda buka hati supaya menyokong kerajaan yang sedia ada, dan jangan cuba-cuba nak tukar kerajaan, buruk padahnya. Sekian dari saya ~ IBM

~ JOM KITA TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...