[UMNO Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi 'merealsasikan' 7 projek utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini. Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustafa Mohammad berkata antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan. "Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas semalam.
Perdana Menteri semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan. Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu].
P/S ~ Bengkak lagi hati Pok Nik. Apataknya, bila PM buat janji untuk rakyat Kelantan, Pok memperlekehkan janji yang PM buat, katanya dah nak ke liang lahat baru buat janji. Sebenarnya dia yang dah nak ke liang lahat. Pok Nik..Pok Nik....Janji BN adalah janji tulin, tiada putar-belit macam pakatan haram. Percayalah, rakyat Kelantan akan berubah sekiranya BN menang di PRU ke-13 nanti. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA