Tuesday, January 8, 2013

Isu "Kalimah Allah" : Anwar Makin Terjerut Dalam Politik Kanan Makan, Kiri Pun Makan..Jahanam Le Ko Nuar!!

SALAM, salam 1 Malaysia dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog yang dihormati. Baru hari minggu yang lepas, IBM menghadiri taklimat khas, iaitu 'Gendang Pilihan Raya' dan isu-isu semasa anjuran Biro Penerangan UMNO Negeri Selangor yang diadakan di komplek Angkasa, Kelana Jaya.  Memang best, kerana pencermah-pencermahnya begitu bersemangat dan mengeluarkan hujah-hujah yang begitu berisi tentang masalah dalaman Pakatan Pembangkang di negeri Selangor ini. Antara isu hangat yang dibentangkan oleh salah seorang penceramah itu, isu "kalimah Allah' yang cuba di permain dan dikelirukan oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. ~ IBM


IBM juga dapat sedikit Info yang di paparkan oleh seorang penulis di dalam blog Umnoline.com. Mai kita baca :

Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipersoalkan lagi berhubung isu kalimah penggunaan nama Allah yang cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apakah Anwar terjerat dengan gaya politik sesumpahnya setelah sehingga ke hari ini pendirian rasmi berkenaan perkara tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kepada umum.
Soal beliau lagi apakah gara-gara untuk menjaga hati DAP dan Pas, maka Ketua Pembangkang berkenaan mengambil jalan selamat dalam usaha memastikan politik parti berkenaan khususnya kalangan pembangkang tidak diperkatakan pelbagai pihak.
“Apakah beliau terjerat dengan gaya politiknya sendiri sehingga menyebabkan isu ini masih lagi sepi hingga ke hari ini. Inilah yang menjadi persoalan umum.
“Apa pun saya tidak pelik…. Anwar sememangnya mengamalkan politik sesumpah dan kini terpaksa bersilat kerana makin terjerat dengan permainan politik kiri makan, kanan makan. Jadi kita tidak pelik dengan apa yang berlaku ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Afandi seterusnya berkata isu kalimah Allah ini adalah isu agama dan sepatutnya perlu didahulukan.
“Takkanlah perlu ada mesyuarat bersama dengan rakan pakatan pembangkang lain dalam isu seumpama ini. Sepatutnya Anwar sekadar berbincang dengan tokoh agama dan ulama yang diwar-warkan berada di dalam Pas dan sebagainya.
“Itu yang sepatutnya jika Anwar ingin mengambil ketetapan bersama. Takkanlah bincang dengan orang yang tidak sepatutnya. Inilah pada bila amalkan politik sesumpah, kiri makan kanan pun ~    MediaUMNO



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...