BILA menjelangnya pilihan raya (PRU), bermacam-macam cerita dan fitnah yang kita dengan dari parti pembangkang. Ini, semata-mata untuk memancing undi di saat-saat akhir yang mana mereka tahu mereka terpaksa berbuat sedemekian kerana pembangkang tahu bahawa rakyat sudah mula menolak mereka. Maka, mereka terpaksa menggunakan taktik kotor mereka menabur fitnah dan mereka-reka cerita agar rakyat membenci kerajaan yang sedia ada.
Terbaru, mereka menfitnah Kementerian Kesihatan yang kononnya pengedaran ubat-ubatan secara PERCUMA kepada golongan yang berpendapat rendah akan dihentikan. Bayangkan betapa kotornya pemainan politik mereka. Terus terang IBM katakan di sini, pembangkang sudah ketandusan idea. Mereka sudah dapat rasakan bahawa PRU ke-13 ini, mereka akan tewas teruk. Mereka tiada pilihan. Maka, kerja mereka sekarang ini menabur fitnah sebanyak mungkin yang boleh.
Walauapa pun, perkara itu di sangkal oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin. Menurut kata Datuk Rosnah, kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) menetapkan ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh orang ramai dapat diperolehi secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Menurut beliau lagi, pada tahun lalu saja, perbelanjaan membiayai ubat-ubatan pesakit mencecah hampir RM1.8 billion namun rakyat tetap dibekalkan ubat secara percuma di semua fasiliti kementerian. Rakyat didahulukan, katanya.
Semalam IBM terbaca portal berita pembangkang yang diterbitkan pada 2 Januari lalu memetik yang mana Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahari mendakwa kononnya orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta, berikutan dasar baru yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. Mana le si barua ni dapat ceita yang karut-marut ni ye? Dan....katanyanya lagi, kononnya Kerjaan Persekutuan menanggung RM1.2 billion untuk membiayai ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun dan oleh itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
Memang betul le kos pembiayaan ubat-ubatan terus meningkat, namun Datuk Rosnah menjelaskan kementerian akan terus memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada kesihatan yang berkualiti secara adil dan saksama. Dan sekali lagi beliau bahawa dakwaaan pembangkang itu membuktikan mereka sanggup berbuat apa saja, menyatakankan apa saja demi untuk meraih undi walaupun ianya satu fitnah semata-mata. Dan..harapan beliau supaya rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Satu Malaysia menolak fitnah. Ya, betul...IBM setuju dengan pendapat Datuk Rosnah tu.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menolak Pakatan Pembangkang dari terus menhura-hara dan menghancurkan negara kita yang tercinta ini. Tolak pembangkang di PRU ke-13 ini. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA