Tuesday, January 15, 2013

Harga Tol Kesas Turun. Terima Kasih BN!!!


BERITA gembira untuk semua pengguna lebuh raya kesas : -

Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (gambar) pada Isnin. Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.
Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50). 
Satu lagi keperhatinan dari kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyatnya. Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan. Agak-agak le...apa perasaan pembangkang apabila mendapat perkhabaran ini?....mesti mereka kata, ala, itu semua umpan pilihan raya (PRU). Apa kata kita syor agar pembangkang dan pengikut-pengikut tegarnya supaya jangan menggunakan lebuh raya kesas. Apa macam?
Mungkin selepas ini banyak lagi lebuh raya yang kadar tol nya akan diturunkan. Insyallah. Tapi.....khabarnya pembangkang akan menghapuskan terus bayaran tol sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya. Lagi hebat. Boleh caya ke tu? Itu lagi janji PRU yang langsung tidak boleh pakai dari pembangkang. Janji kosong. Apapun, terima kasih pada kerajaan yang sentiasa menunaikan janji-janjinya. Sekian, dari saya ~ IBM
~ MISI PEMBANGKANG HANYA UNTUK MENGHURA-HARAKAN NEGARA. KATAKAN TIDAK PADA PEMBANGKANG ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...