Wednesday, January 16, 2013

Sosilawati Masih Hidup??..Karut! Karut!!!


BETUL ke ni?..issss...issss. Memang sukar nak dipercayai. Orang yang dah mati dibunuh, tiba-tiba dilihat muncul selepas 9 hari  beliau dibunuh. Gempak...memang gempak cerita ni. Kerana secara lojiknya sapa nak percaya.?? Atau, adakah ini satu helah atau permainan pihak peguam pembela tertuduh supaya saksi mengada-adakan cerita. Jadi, ianya seolah-olah, Datuk Sosilawati 'on the run' dan perancang diatas pembunuhan 3 rakannya yang lain. Tapi, untuk apa? Memang celaru, sungguh celaru.

Persoalan mengenai perkara itu timbul apabila salah seorang tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa melihat wanita terbabit, sembilan hari selepas mangsa didakwa dibunuh. R. Kathavarayan, 33, menyatakan, kelibat Sosilawati itu dilihat di sebuah restoran di Tanjung Sepat dekat sini pada 7 September 2010 ketika hendak menaiki kenderaan seperti jip dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Bekas pekerja Ladang Gadong itu berkata demikian sewaktu pemeriksaan utama oleh peguamnya, Hasshahari Johari Mawi pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Bagi IBM, ini cerita karut, memang karut.

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya didalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati ni, dan kita juga tunggu kot-kot ada cerita yang baru. Kalau ianya benar-benar berlaku, dimana Datuk Sosilawati sekarang? Susah kita nak jawap. Tungguuuuuuuu. Sekian ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...