KALAU dengar laporan dan cakap depa (pembangkang), depalah sebuah kerajaan yang telus, kerajaan yang prihatin. Serba serbi depalah yang terbaik, tidak rasuah. Tapi, itu semua hanyakah indah khabar dari rupa. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sememangnya gagal. Antara satu sebabnya ialah kelemahan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam menangani masalah kecurian pasir, negeri ini terpaksa menanggung kerugian sehingga jutaan ringgit setahun. Kelemahan dan kegagalan PKR ini didedahkan oleh wakil rakyat dari pembangkang, Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang mendakwa, berdasarkan laporan yang diperolehnya, terdapat 16 kawasan di seluruh negeri ini dikenal pasti dicerobohi dengan kegiatan mencuri pasir. Menurutnya, kawasan-kawasan tersebut termasuk Tapak Puchong Prima di Labohan Dagang, Banting; Ulu Kali (Rasa) dan Sungai Jelok (Kajang). Dimana silapnya, dan dimana pengawasan dfari pihak yang berwajib? Adakah rasuah berlaku? ujar Datuk Abdul Shukor. Jika sukar untuk ditangani, adalah lebih baik dihalalkan operasi pengambilan pasir di kawasan terbabit kerana boleh memberi pendapatan kepada kerajaan negeri, katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Rabu.
Abdul Shukor dalam pada itu turut mempersoal jumlah keuntungan RM150 juta yang didakwa kerajaan negeri diperoleh daripada hasil penjualan pasir setiap tahun. Perkara ini tidak pernah didedahkan dan diberi penjelasan secara terperinci, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada benar wujudnya hasil tersebut atau tidak, ujarnya. Maka, dari sudut mana yang dikatakan kerajaan Selangor di bawah pemerintahan PR berjaya memperolehi pendapatan yang tinggi dari hasil jualan pasir tersebut?. Kalau kita dapat lihat dan dengar di akhbar-akhbar hasil yang kerajaan Selangor perolehi dari hasil jualan pasir amat-amat memberangsangkan.
Kutipannya begitu tinggi sekali, tapi, ianya hanya tinggal 'angka'. Mana pergi duit dari hasil tersebut? Inikah yang dikatakan kerajaan PR telus dan pemerintahan yang adil serta mesra rakyat? IBM rasa tidak. PKR/PR hanya pandai berpolitik, rakyat terabai. Janji semunya palsu dan mereka sesama mereka di dalam PR bercelaru, bergaduh dan tidak kesefahaman. Anda masih nak bersama PR pada PRU ke-14 nanti? fikir-fikirkan supaya tidak lagi membuat satu kesilapan besar kerana memilih PR. Ubah...ubah minda anda ubah tangan anda dengan memangkah Barisan Nasional (BN) di PRU ke 14 nanti. Memangkah BN bererti mengubah segala-galanya demi untuk masa depan kita dan anak-cucu-cicit kita semua. Insyallah. Wassalam ~ IBM