Monday, November 17, 2014

NIK AZIZ KATA LIM GUAN ENG 'BODOH'..HUHUHU!

ISNIN, 17 NOV 2014
HAKIKAT sebenarnya yang harus kita tahu di dalam Pakatan Rakyat. Mereka (PR) tidak pernah bersepakat, tidak sehaluan, tidak boleh duduk berbicang sesama mereka. Mereka hanya 'bersendiwara', berpura-pura bahawa merekalah sebuah parti yang bersatu-padu dan parti yang membela nasib rakyat. Itu semua hanyalah satu 'pembohongan' yang begitu ketara di antara para pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat. Mereka hanya pentingkan diri mereka demi untuk mengejar cita-cita mereka di dalam politik. Contohnya, semalam Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian. Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur?. Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat. Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi), katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam, Ahad. 

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi. Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden Pas itu gagal berbuat demikian. Bayangkan gara-gara tidak hadir ke mesyuarat bulan Pakatan Rakyat boleh mendatangkan satun isu besar bagi mereka. Maka, tuduh-menuduh berlaku seperti yang disuarakan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Azizi Nik Mat. Jadi, mana yang dikatakan didalam Pakatan Rakyat ada satu kesefahaman?. Jesteru, IBM harap kepada pengikut-pengikut PAS sedar dan buka mata bahawa PAS dan DAPigs memang tidak boleh duduk bersama di dalam Pakatan Rakyat. 

PAS terang-terang di buli oleh rakan kongsinya iaitu DAPigs dan PKR, dulu dan kini. IBM hairan kenapa PAS masih nak bersama PR kerana halu-tuju perjuangan PAS sudah tersasar jauh semenjak mereka menyertai kumpulan PR. Untuk menerajui negara memang jauh sekali. PAS hanya bermimpi di siang hari. PAS akan terkungkung selagi bersama PR. Jadi, kesimpulannya, adakah NIk Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain termasuk Presidenya sendiri, iaitu Hj Hadi Awang menyedari akan hal ini atau dik kerana dendam yang tak ada kesudahannya dengan UMNO membuatkan PAS jadi sesat dan sesat. Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin-pemimpin PAS. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...