Monday, November 10, 2014

KEPUTUSAN YANG AMAT-AMAT MENGEJUTKAN.....

ISNIN, 10 NOV 2014
MEMANG  ramai yang terkejut beruk.  IBM sendiri pun terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah rayuan. Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan. Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan. Mengikut kata Tan Sri Muhyiddin, beliau baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat. Tan Sri Muhyiddin membuat komen tersebut  pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, Ahad. 

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula. Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya, katanya. Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Aduhai...apa sudah jadinya. Dunia dah nak kiamat kot. Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...