Wednesday, November 26, 2014

TUN M SAHKAN BELIAU AKAN HADIR PADA PAU 2014, INSYALLAH, KATANYA

RABU, 26 NOV 2014
DIKHABAR KAN mantan Tun Dr Mahathir akan keluar negara semasa PAU 2014 di adakan. Tapi, disebabkan masalah kesihatan, beliau menangguhkan untuk keluar negara dan sepatutnya juga beliau tidak akan menghadirkan diri pada PAU 2014 ini. Semalam, IBM mendapat sedikit info bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan hadir pada majlis perasmian dan mendengar ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Khamis ini. Demi sayangnya beliau terhadap Umno. Perkara itu juga disampaikan menerusi blognya, chedet.cc pada hari Selasa, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehadirannya pada perhimpunan tahunan parti itu kali ini. Menulis dalam blognya, mantan Presiden Umno itu mengakui sepatutnya beliau tidak hadir pada PAU kali ini kerana akan berada di luar negara. Sepatutnya beliau tidak hadir ke Perhimpunan Agung Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana beliau kurang sihat untuk ke luar negara, beliau mungkin hadir InsyaAllah, 
katanya. Beliau turut menyediakan perutusan khas yang mengingatkan pemimpin Umno supaya mengambil berat suara akar umbi, bukan hanya mendengar pandangan 'orang sekeliling' kerana ia akan merugikan parti. Sebelum ini, pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak dapat menghadiri perasmian PAU 2014. Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk. Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat. Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London. Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin. Apapun, kita mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir pada PAU tahun ini, moga dengan kehadiran Tun akan menaikkan lagi semangat para perwakilan dan juga ahli-ahli Umno yang lain. di samping itu, mari kita sama-sama mendoakan akan kesihatan Tun supaya beliau sihat dan terus memberi teguran-teguran kepada para pemimpin-pemimpan tertinggi Umno demi untuk kebaikkan Umno itu sendiri walaupun ada yang mengkritik akan kelantangan Tun mengkritik pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini. Demi untuk servival orang-orang melayu, kita harus berubah dan terus melangkah ke hadapan, bukan undur kebelakang. Itu antara nasihat dari Tun Dr Mahathir yang harus kita semua buat panduan. Ubah sebelum kita di ubah Hidup UMNO!!. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...