BERIKUT adalah satu teguran yang bernas dari penganalisis politik buat pendoman para perwakilan yang akan berucap di PerhimpunanAgung UMNO (PAU) 2014 yang akan di adakan penghujung bulan November ini. Harap para perwakilan dapat menyampaikan mesej-mesej yang berguna, bukan sekadar berucap syok sendiri ataupun ucapan yang berupa 'bodek' yang mana ianya tidak mendatangkan menafaat apa-apa. Kalau nak berubah, berubahlah sekarang. UMNO perlu 'reform' demi untuk servival orang-orang Melayu dan rakyat khususnya. Ikuti kata-kata dan nasihat daripada beberapa orang penganalisis politik demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri :

"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin. "Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti. "Sudah sampai masanya anggota Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya. Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk anggota Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu "Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata, selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup. Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama. "Buktikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya. Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini]. - IBM [SUMBER].