KALAU inilah cara Umno Selangor, diam dan mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat', bagaimana mungkin Umno Selangor boleh kembali memerintah negeri Selangor. Umno Selangor dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menghentam kembali kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di dalam isu bersabit pendedahan pembayaran pampasan bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Umno disaran supaya peka dan lantang bagi menenangi isu tersebut. Itu adalah 'bola tanggung' yang harus UMNO libas. Modal tu. Bila lagi, dan kenapa diam membisu? Ujar ahli politik veteran parti itu, Tan Sri Abu Hassan Omar, Umno Selangor perlu menjadi mata dan telinga rakyat bagi memantau setiap pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat agar mereka tidak menyalahgunakan dana negeri itu, untuk agenda tertentu. Namun sikap berdiam diri serta acuh-tak acuh Umno Selangor dalam pelbagai isu yang timbul, termasuk pendedahan bayaran pampasan itu, semakin membimbangkan, kata Abu Hassan. Badan Perhubungan Umno Selangor atau pemimpinnya eloklah menggesa perkara ini didedahkan dan diperbetulkan jika berlaku yang tidak betul.

Sementara itu, Khalid dalam reaksinya berkata beliau bersedia untuk disiasat kerana bayaran itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Tiada apa yang hendak dibimbangkan. Namun, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali memberitahu wujud elemen penyelewengan dalam pembayaran pampasan itu selepas di audit oleh Jabatan Audit Negeri. Kalau ini Umno Selangor tak boleh atasi, lupakan negeri Selangor pada PRU ke-14 nanti. Dan...sewajarnyalah Umno Selangor di bubarkan. Beri lalu kepada pemimpin-pemimpin yang lebih muda dan agresif. Andai kata isu ini semasa BN/Umno memerintah, sudah tentu meletup bak bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin Umno. Bila pemimpin veteran bersuara, sambutlah, jangan jadi bisu dan dayus. Ada faham? Wasallam ~ IBM