Monday, November 3, 2014

BILA UMNO KATA PAS PARTI SESAT, PAS MELENTING. TAPI..BILA PAS KATA UMNO KAFIR, BOLEH PULAK. PUIII!!!

ISNIN, 03 NOV 2014
ITULAH perangai orang-orang PAS. Memang busuk hati, dengki, ego, sombong dan banyak lagilah perangai buruk depa. Kalau mengata, mengumpat, memaki hamun, bagi kat depa. Tapi, bila kena pada 'batang hidung' depa...oii...melenting habis. Isu yang terkini, kononnya PAS berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat. Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar yang mana beliau akan merujuk kepada Lajnah undang-undang PAS bagi tindakan susulan. Kata Mahfuz, kita (PAS) mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh‎ PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam. PAS akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung UMNO itu, katanya seperti yang dilapor oleh sebuah portal pembangkang semalam. 

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, semalam. Tengku Adnan turut mendakwa UMNO merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara. Memang betul apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan tu. Apa alasan yang boleh PAS pertikai akan kenyataan Tengku Adnan itu? Sebenarnya, dalam isu ini, PAS yang sepatutnya 'cermin' diri sendiri. Satu ketika dahulu, kalau pembaca-pembaca blog semua ingat atau baca kenyataan oleh Hj Hadi Awang, kini Presiden PAS dalam sebuah buku iaitu 'Amanat Hj Hadi' yang mana terdapat keji-mengkeji, hasut-meghasut dan mengkafirkan orang-orang UMNO. Kenapa PAS dan Mahfuz tidak memikirkan perkara tersebut, sudah lupa kah Mahfuz dan PAS? Tidak ada tindak balas pun dari orang-orang UMNO walaupun rata-rata ahli-ahli UMNO melenting dan marah kepada 'Amanat Hj Hadi'  yang mana ianya menjurus kepada perpecahaan diantara umat-umat Islam di negara ini. 

Kini, apabila orang UMNO seperti Tengku Adnan pula yang menuduh bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat, PAS melenting, dan nak saman pulak tu. Betul ke tidak PAS ni atau pemimpin PAS seperti Mahfuz ni memang dah sewel atau dia sendiri yang dah sesat dan mengamalkannya. Sudahlah Mahfuz. Baik kamu lupakan hasrat ko tu. Apa ko ingat kami orang-orang UMNO akan diam dan berpeluk tubuh sahaja. Sila...silakan wahai Mahfuz kerana kenyataan ko tu memang satu kenyatan yang bodoh, benggong dan tidak mendatangkan hasil. Kamu nak jadi hero bagi pihak PAS?...lupakan. Kamu akan jadi hero yang akan dilupakan. Itupun ada dikalangan puak-puak yang menganggap kamu itu sebagai 'Mr Bean'.....kelakar dan bodoh. Untuk itu, UMNO telah bersedia untuk di saman. Kalau jadi...'see you in court'. Wasallam ~ IBM

6 comments:

  1. Salah satu ajaran sesat PAS adalah perbuatan Nik Aziz yang nak meludah muka orang yang nak menyatukan UMNO dan PAS. Islam tak ajar macam ni, dalam Islam jika ada dua orang Islam yang bertelagah, maka seorang yang datang hendaklah mendamaikan dua orang yang bertelegah tadi, bukannya datang meludah muka orang yang nak damaikan pertelagahan itu lagi. Kenyataan ini boleh digunakan oleh YB Tengku Adnan untuk buktikan PAS membawa ajaran songsang kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot2 yang Nik Aziz ckap ,,bukan die yang cakap ..tpi orang lain yang sengaja nk bruk2 kan nme beliau ..sape tau kan?

      Delete
  2. Lagi satu kenyataan Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, dia merendah-rendahkan niat murni kerajaan pusat nak buat kilang cetak Al-Quran di Shah Alam, tapi pasal isu Oktoberfest, dengan riang dia menyokongnya, itu salah satu lagi bukti penyelewengan PAS dalam isu agama. Lantaklah Mahfuz tu nak melalak dan melolong macam kerasukan, bawa ke mahkamah pun, kemukakan bukti seperti yang saya nyatakan ini pun dah cukup nak titik PAS dalam mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Lagi satu bukti adalah dulu UMNO kerjasama dengan MCA dan MIC dituduh kafir dan haram serta berdosa besar oleh PAS, hujah PAS adalah haram kerjasama antara parti Islam dengan parti bukan Islam, sekarang PAS bukan setakat kerjasama dengan DAP yang secara konsisten menentang percubaan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam di Malaysia, malahan PAS dah jadi pecacai dan pekakas kepada DAP hinggakan DAP dan PKR boleh masuk campur dan membuat keputusan untuk dibacakan sahaja oleh Presiden PAS seperti isu hudud dan negara Islam di mana dalam Persetujuan Bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Hadi Awang hanya bacakan saja teks yang disedikan oleh DAP PKR iaitu PAS bersetuju untuk tidak bersetuju melaksanakan hudud di Malaysia jika Pakatan Rakyat berkuasa, itu pun lagi satu penyelewengan agama oleh PAS, kerana UMNO kerjasama dengan MCA dan MIC yang tak menentang pun negara Islam, dituduh haram, berdosa sampai mengkafirkan UMNO. Tapi PAS pula jadi pecacai DAP demi politik dengki khianat boleh pula, tahaluf siyasi konon, sekarang dah jadi tolol sia-sia sebab diperkudakan dan diperanjingkan oleh DAP dan PKR selama ini. Gunakan isu ini pun boleh terbongkang Lajnah Undang-Undang PAS nak jawab isu tahaluf siyasi ni pun akan mereka akan terkontang kanting tak tau jawab.

    ReplyDelete
  4. Alamak...yang Nik Ajis..Murshidul Am PAS berfatwa...Kalau ada untung...DENGAN SYAITAN PUN BOLEH KERJASAMA....ape ke bende nye....Tak sesat ke tuu..!

    ReplyDelete
  5. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini JAMAL ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI MAULANA IBRAHIM yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI MAULANA Ibrahi di 0823-85950389 Untuk yg di luar indon telefon di +62823-85950389, Atau >> KLIK DISINI <<
    saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.






    Penarikan Uang Ghaib Oleh KIAY MAULANA IBRAHIM
    1.UANG SUKARNO TERLIPAT SENDIRI
    2.MUSTIKA BESI ANTI KULIT/CUKUR
    3.MUSTIKA MANUSIA ANTI KULIT/CUKUR
    4.MUSTIKA MERAH DELIMA ANTI KULIT/CUKUR
    5.MUSTIKA KERIS BERDIRI ANTI KULIT/CUKUR ATAU MUSTIKA APA SAJA YG PENTIG PUNYA KEKUATAN/KE AMPUHAN,JIKA BERMINAT >> KLIK AKI MAULANA DISINI << ATAU HUB:AKI MAULANA IBRAHIM TLP.0823-85950389 TRIMA KASIH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...