Wednesday, November 26, 2014

KJ INGATKAN KAUM BUKAN MELAYU SUPAYA INGAT JANJI ASAL MEREKA....

RABU, 26 NOV 2014
BRAVO KJ! IBM amat-amat teruja dengan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mana beliau begitu lantang, berani mengingatkan bukan Melayu agar mengingati "janji asal" mereka yang terkandung dalam kontrak sosial. Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Sebagai balasannya, orang bukan Melayu bersedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tetapi, kenapa pula masih ada mereka yang tidak menghormati perjanjian yang sama. Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka. Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham Bahasa Kebangsaan. 

Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang telah dipersetujui bersama, ucap Khairy disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tepukan gemuruh dari para perwakilan bukannya tepukan 'bodek'....tapi tepukan yang membakar semangat kerana rata-rata para perwakilan pemuda bersetuju dengan ucapan dan mesej yang boss mereka sampaikan. Oleh itu, IBM sarankan kepada kaum-kaum yang ada di negara ini supaya menerima hakikat bahawa sesuatu 'perjanjian asal' harus di hormati dan tidak ada dolak-dalih lagi. Hak orang-orang melayu harus di pertahankan, dan jangan cuba-cuba nk di politikan. Jangan mencari masalah. Negara kita adalah salah satu negara yang teraman dan pupukkan semangat hormat-menghormati di antara kaum. itu yang penting. Kepada KJ, syabas dan tahniah semoga perhimpunan pemuda kali ini mencapai apa yang pemuda laung-laungkan. Insyallah. Wasallam ~ IBM

3 comments:

  1. selama mnjadi kp UMNO ni kali pertama KJ berckp pasal prjuangan Melayu!!SEBELUM INI SIBUK DGN AGENDA LIBERAL DA PROGRESSIF!!MENGECAM NGO2 ULTRA MELAYU!!sesumpah ni mn ada pndirian dan prinsip!!yg berckp soal tanah rezab melayu sblm ni adalah PERKASA..mcm biasa Kj cedok mcm rumah transit yg dilhamkn olek khir toyo semasa mnjd Mb Selangor!!

    kami takkan lupa apa yg Kj buat masa zan tun dol

    ReplyDelete
  2. Go ahead defend our race and religion...good job..

    ReplyDelete
  3. Janji asall yg terkandung dlm kontrak sosial tu patut ditulis di belakang buku sekolah mcm rukun negara utk sekolah bukan melayu.biar mereka x lupa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...