JANGAN salah anggap, salah tafsir bahawa kerajaan itu kejam. Penarikan balik subsidi terhadap minyak RON95 dan diesel adalah untuk kebaikkan semua. Seperti yang diketuai oleh umum, pemansuhkan subsidi RON95 dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam, adalah kerana mahu rakyat menikmati harga minyak yang jauh lebih murah di pasaran dunia ketika ini. Itu kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. Kalau harga sekarang ini turun, bermakna kita hendak rakyat menikmati harga yang lebih baik untuk mereka. Buat masa ini harga pasaran dunia telah turun dan kita mahukan penurunan harga itu dirasai oleh rakyat, sebab itu kita apungkan harga RON95 ini, katanya kepada pemberita semalam. Harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini. Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Kaedah pengapungan terkawal sudah dilaksanakan bagi petrol RON97 yang mana harganya turun 20 sen baru-baru ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia.

Kalau dalam bentuk Ringgit, kerajaan masih boleh mengawal hutang-hutang tersebut, ujarnya. Sebaliknya Rahman menyelar pembangkang yang hanya pandai membuat fitnah dan tidak bersama-sama kerajaan untuk menangani masalah berkaitan dengan rakyat. Pemansuhan subsidi ini adalah sebahagian rasionalisasi yang telah kita katakan akan dibuat oleh kerajaan. Jesteru, beliau ingin ingatkan pihak pembangkang bahawa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini di seluruh dunia, kita perlu bersama-sama menangani isu-isu yang berdepan dengan negara. Bukan hanya lempar tuduhan semata-mata, katanya. Tuduhan-menuduh ni adalah kerja pembangkang. Apa nak di hairankan. Bila harga minyak turun, tak pernah pun kita dengar mereka mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan. Sebaliknya mereka (pembangkang) menghasut dan mengajak rakyat berdemo tanda protes jika harga minyak tidak diturunkan. Kan kerja bangsat namanya tu. Maka, kita sebagai rakyat harus berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dia atas inisiatif yang telah kerajaan buat demi untuk kebaikan semua dan negara. Wasallam ~ IBM