PUNYA le kemaruk jawatan, manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan Kem tidak henti-henti memujuk ahli parlimen Sabah supaya meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha ketua pembangkang itu untuk mengambil alih Putrajaya menjelang 16 September, 2008, sekali gus dia menjadi Perdana Menteri (PM). Tembelang si al-jub itu pecah sekali gus dia (Anwar) di aibkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Jumaat. Saksi pembela Datuk Raime Unggi (gambar bawah kanan), yang juga Ahli Parlimen Tenom, berkata usaha berterusan Anwar itu membuat beberapa ahli Parlimen membincangkan melompat parti itu banyak kali, termasuk di luar negara. Katanya, perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 apabila beberapa wakil rakyat bertemu di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu. Di perjumpaan itu, beliau dapat tahu Ronald Kiandee (ahli Parlimen Beluran) ditawarkan RM5 juta supaya melompat parti, kata Raime ketika disoal balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar.

Memang le. Siapa tak kenal Anwar. Bila dia terdesak, dia akan berbuat apa sahaja, dan apabila keabaiban tercabar atau di bongkar, dia (Anwar) mencari jalan bagi menutup kesilapan yang dia lakukan, dan akhirnya jalan terakhir ialah dengan membawa kes orang yang kononnya memalukannya ke Mahkamah. Itulah kerja anwar sampai ke tua, dan akan masuk kembali ke penjara Sungai Buloh tak lama lagi diatas kesalahan kes liwat II nya. Bagi IBM, itu adalah pengajaran yang patut Anwar terima, kerana selama ini dia bebas berbuat apa sahaja yang dia suka. Mengkritik kerajaan dan menfitnah adalah 'asam garamnya'. Tak habis-habis si al-jub ni menghasut dan memburuk-burukkan kerajaan. Segala apa yang kerajaan buat, semuanya tak betul bagi beliau. Maka, apabila kes saman dan menfitnah si Anwar ini yang dibuat terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, IBM percaya akan berpihak kepada Menteri Luar. Kalau tak percaya, tunggu. Orang yang sombong dan yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara seperti Anwar ini harus di ajar. Wasallam ~ IBM
kata PM, Blogger UMNO Bangang ..... haha
ReplyDelete