CUKUP..cukuplah. Jangan buat Sultan murka. Kepada yang berkenaan yang telah mengambil kesempatan mangaut keuntungan untuk jadi kaya, hentikanlah. Meneroka tanah kerajaan secara haram dan mendatangkan pendatang haram di negara kita ini amat-amatlah merugikan dan menyusahkan kita semua. Jesteru, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti pertanian di sini dihentikan. Penerokaan tanah secara haram sudah lama wujud sejak zaman British. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti ini. Kita perlu hentikannya (penerokaan tanah secara haram). Kita akan lakukannya dengan apa cara sekalipun, titah baginda kepada pemberita di sini, Rabu. Terdahulu, baginda melawat kawasan yang terjejas dengan banjir lumpur di Cameron Highlands yang berlaku pada 6 November lalu.

Diharap juga kepada pihak yang berwajib dapat mencari dalang yang memulakan kerja-kerja peneroka haram ini dan dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin kerana kehadiran mereka amat sukar dibendung. Hukuman yang berat harus di jatuhkan kepada pihak yang tidak bertangung jawab kerana mereka-mereka ini hanya pentingkan perut dan periuk mereka sahaja. Dengan erti kata lain, mereka-mereka ini adalah 'petualang' kepada negara. Wasallam ~ IBM